Cerpen Fathia Alisyah

“You understand or not? This thing is very important. Don’t take it easy.” Kata Thaqif.
Marahnya masih bersisa. Aku hanya tunduk menuruti langkahnya. Mulutnya masih tidak berhenti membebel. Semuanya silap aku. Aku terlupa membawa dokumen penting untuk diserahkan kepada perunding kami, Ir Chan. Mana taknya. Aku tak sempat prepare benda-benda tu semua.
Hari ini hari malang aku mungkin. Aku jumpa mayat Esmarelda, kucing siam kesayanganku yang penuh dengan kesan tikaman semasa aku berkejar keluar kerja pagi tadi. Tu satu petanda yang tidak baik tu.
Sampai office pula lewat gara-gara tayar keretaku pancit.Tak panas lagi punggung ku duduk, bos panggil, ada urgent meeting katanya. Mukanya masam mencuka semasa aku berhadapan dengannya. Semalam tak pula beritahu. Kalau tidak mesti sharp aku sampai office.
Kereta aku tak berani pandu, sebab tadi pun aku tukar sendiri tayar tu. wanita berdikarilah katakan. Aku nak hantar bengkel dulu. Karang kalau aku bawa juga kereta tu, tayar yang aku pasang tadi tercabut macam mana? Tak ke naya aku. Akhirnya, mahu tak mahu terpaksa juga aku pergi dengan bos aku si Thaqif tu.
Dalam kereta pula Thaqif membebel tak berhenti. Masih marah atas kelewatan aku. Kalau dah lambat sangat, pergi jela. Nanti pandai-pandailah aku pergi sendiri. Ye tak?
Sampai sana, meeting sudah pun bermula. Nasib baik lewat 15 minit sahaja. Still boleh catch up flow meeting tu.
Tapi sebab pengerusi dan orang-orang dalam bilik meeting tu asyik bercakap benda yang sama, aku jadi bosan. Tiada sebutir ayat pun yang mampu melekat dimindaku. Fikiranku terganggu dengan cara kematian Esmerelda. Seakan satu ugutan untuk ku. Tapi siapa punya angkara? Pelbagai persoalan mengasak mindaku. Tidak mahu menyesakkan pemikiran lantas aku mengalih perhatian dengan menconteng minute mesyuarat di tanganku. Tapi dapat ditangkap oleh Thaqif yang duduk disebelahku. Tangannya menyenggolku, matanya mengisyaratkan supaya focus pada perkembangan mesyuarat tersebut.
Bos, aku bosan tahu? Dan sekarang ni….
“You know what, this meeting very important, dalam meeting tu banyak isu timbul. You should take note the important item. That’s for your reference in future.” Kata thaqif tegas.
Iye bos. Aku hanya menjawab dalam hati. Tika ini kami bergandingan menuju kearah tempat letak kereta. Langkahnya yang panjang membuatkan aku mempercepatkan langkahku. Tidak mahu ketinggalan. Dan telingaku masih setia mendengar rungutannya.
‘Jauhnya parking’. Rungutku dalam hati.
Tiba-tiba langkahnya diperlahankan.
“Don’t be late again.” Dia cakap lagi. Untuk kesekian kalinya. Hatiku terasa panas.
“Bos. Saya kan dah cakap saya tak sengaja. Tayar kereta bocor. Saya yang tukar sendiri tau. Bukan saya suka-suka nak datang lambat. Bos pun tak bagi tahu hari ini ada meeting. If saya tak dapat datang, Lisa ada, Fahmi ada. Diaorang pun familiar dengan projek ni. Yang bos marah sangat kat saya ni kenapa?” Akhirnya, bom jangka yang tidak dapat aku jangka meledak. Asyik ungkit kenapa? Besar sangat ke kesalahan aku ni?
Langkahnya terhenti. Aku turut berhenti. Perlahan dia berpusing menghadapku.
“I have told you before. Time is money, you waste your time, its mean your waste your money. Dokumen penting tu pun you tak bawa. You tahu kan, Its difficult to see him around.” Kata Thaqif tegas.
Mataku dapat menangkap kelibat seseorang tidak jauh dari tempat kami berdiri. Tingkah laku lelaki itu mencurigakan. Lelaki atau perempuan? Aku sendiri tidak pasti. Matanya tidak lepas memandang kearah kami. Ke arah bos lebih tepat lagi. Eh, aku ke bos? Dahiku berkerut. Thaqif memeluk tubuh sambil memandang tepat ke arahku.
Dah jangan pikir bukan-bukan. Ini bukan masanya.
“Yes. I know. But it’s not my fault.” Eh, lelaki tu keluarkan sesuatu. Thaqif merenung tajam kearahku. Menanti bait-bait kata seterusnya daripadaku.
“Selama ni saya tak pernah lambat. Lisa datang lambat bos tak pernah marah pun.” Nampak macam pistol. Kenapa aku tak sedap hati?
“And I didn’t remember we got meeting today. Lagilah nk jumpa Ir Chan.” Eh, kejap. Pistol betul ke? Lelaki misteri itu menghalakan pistolnya ke arah Thaqif.
“ Setahu saya, appointment kita dengan Ir Chan…. BOS!”
Pantas aku menolak tubuhnya ketepi. Kedengaran satu das tembakan dilepaskan. Thaqif mengaduh kesakitan. Kedengaran jeritan dari dari jauh. Suasana menjadi kelam kabut.
Mataku liar mencari lelaki itu. takut-takut dia melepaskan tembakan kedua. Namun hampa. Lelaki itu menghilangkan diri sejurus melepaskan tembakan. Dan aku dengan perlahan melutut dan terduduk di permukaan jalan tar yang panas itu. Terasa badanku keras. Tidak boleh bergerak. Bahuku terasa sakit. Terasa cecair hangat mengalir dari bahuku. Spontan aku menekup bahuku.
“Alisya, are you ok?”ternyata Thaqif terkejut melihat keadaanku. Bahuku dipegang kejap. Mukanya cemas.
“Sakit.” rintihku perlahan. Aku gagahkan diri untuk bangun. Thaqif nyata terkedu dengan tindakanku. Sebuah senyumanku lemparkan kearahnya. Mengisyaratkan bahawa aku masih stabil. Masih mampu berdiri. Setapak demi setapak aku mula melangkah.
Masih dapat ku dengar bebelannya. Tetapi tidak dapat ku tangkap butir bicaranya.
‘Apa lagi bos? bos cakap apa bos? aku tak boleh nak hadam apa yang bos cakap. Meeting kan dah habis. Sudahlah bos.’ Bisikku dalam hati.
Kepala ku sakit. Duniaku seakan berputar. Terasa lenganku di pegang kejap. Pantas aku menepis. Ape pegang-pegang? Aku mengalih pandang kearahnya. Muka Thaqif ku lihat cemas.
‘Bos, aku tak paham. What do you want? Yela-yela, aku salah. Aku minta maaf.’
“Are you still angry? I’am sorry.” Perlahan aku menuturkannya. Serentak dengan itu, pandanganku gelap. Badanku longlai. Namun sebelum sempat badanku mencecah bumi, terasa badanku disambut kemas.
Apa semua ni? Apa benda semua ni?
X X X X
Kedengaran lagu Shila Hamzah, masih aku cinta menyapa digegendang telingaku.
Dah pukul 6 pagi ke? perlahan aku membuka mata.
Aku dimana? Keadaaan bilik itu sangat asing buat diri ku.
Mimpi ke? Perlahan aku menggosok mata. Tangan kanan gosok mata kanan. Tangan kiri….eh tangan kiri kenapa tak boleh angkat? pantas aku mengalih pandang. Terlihat bahu kiriku berbalut.
Eh kejap. Ape jadi ni? Ku gagahkan diri untuk duduk. Bulat mataku melihat Thaqif tidur di atas sofa. Aku menggaru kepalaku.
Eh, halus?rambut? tudung aku mana? Kelam kabut aku mencari sesuatu untuk menutupi kepalaku.
“Morning princess.” Sapa Aqhar sambil tersenyum. Aku hanya terkebil-kebil memandangnya.
“Dah bangun kesayangan abang ni. Alhamdulillah.” katanya sambil mendekatiku. Dikucup dahiku lembut. Terdengar halusan bibirnya menyatakan syukur atas kesedaranku. Dia duduk di birai katil menghadapku.
“Abang! Isya kat mana? Mana tudung Isya? kenapa Thaqif kat situ?”. Tanyaku bertalu-talu.
“Hospital. You didn’t remember aren’t you?”
“What happened?”
“Hah itulah abang nak tanya. Thaqif kata Isya selamatkan dia.”
“Selamatkan dia? betullah orang tu nak tembak dia sebenarnya? I thought he…Macam mana orang tu? dapat tangkap tak?”Tanya Alisya bertalu-lalu. Pantas Aqhar menggeleng.
“Thaqif cerita dia ada dapat surat ugutan seminggu yang lepas. Dia ingat ada orang saja nak bergurau, tak sangka pula betul. Polis pun masih jalankan siasatan. dah dua hari…”
“Hah! Dua hari? You mean Isya tak sedar dah dua hari?”
“Yes. You are bleeding too much. I’m so worry. I thought I could not…”Aqhar tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dadanya sebak. Tubuh Alisya di peluk erat.
“Auch, sakitlah.” Aku mengaduh kesakitan. Terasa bahuku kebas. Pantas Aqhar melepaskan pautannya. Direnung wajah Alisya lembut.
“Isya, balik villa sayang. Sampai bila nak merajuk dengan abang? balik ye sayang. Abang takut apa-apa jadi lepas ni. Kes Isya ni masuk paper. Takut-takut…”
“Tak ada orang kenal Isya abang. Lainlah abang.. Kita dah janji kan dulu? Better Isya duduk sendiri buat masa ni. Itu lagi selamat.” Kataku bersahaja.
“No. Isya ni degil kan? I don’t care. Suka tak suka Isya kena balik juga. I will ask Haikal and Tini kemaskan barang-barang Isya. Jangan sampai abang sendiri bertindak.” Kata Aqhar tegas. Dia berdiri sambil memeluk tubuh.
Ketukan di pintu mematikan perbualan mereka. Nurin segera menerpa kearah Alisyah. Wajahnya kelihatan cemas.
“Are you ok my dear? Thanks GOD,” kata Nurin sambil memelukku erat.
“Auch.. Makcik Nurin.. sakit..” Kataku perlahan. Mukaku berkerut menahan sakit. Segera Nurin melepaskan pelukannya. Dia duduk di birai katil sambil menggenggam erat jemariku.
“Ha.. baguslah Makcik nurin kat sini. Tolong nasihatkan Isya ni makcik. Dia tak nak balik Villa. Nak juga duduk rumah atas gunung dia tu.” Kata Aqhar mengadu.
“Ala Aqhar.. biarlah.. makcik kan ada, boleh tengokkan si Isya ni. Don’t worry.” Katanya sambil mengenyitkan mata kepadaku. Aku tersenyum tanda kemenangan.
“Ok… I give up. But untuk langkah keselamatan, please, resign. That is my final word.” Kata Aqhar tegas.
“What?! Resign?.” Serentak tiga pasang mata mengalih kearah empunya suara. Thaqif sedang berdiri tegak memandangku.
X X X X
Terasa langkahku di ekori. Butik Elmira lengang tika ini. Aku berasa tidak sedap hati. Kenapa aku rasa seperti ada yang memerhati? Peristiwa tembakan itu terlintas difikiranku. Macam mana kalau sasaran tu bukan pada Thaqif? Macam mana kalau sekarang ni, pada waktu ini pun pembunuh tu sedang memerhati gerak-gerinya? Atau abang ada hantar orang upahan untuk ikut aku kemana saja? Aku teringat akan bangkai ayam hitam yang aku jumpa dihalaman rumah pagi tadi. Entah-entah ada orang hantar ilmu hitam kat aku. Tu yang banyak perasaan bukan-bukan timbul tu.
Tapi.. kenapa aku rasa bukan hanya sepasang mata yang memerhati? Entah-entah memang ada orang yang cuba untuk bunuh aku. Bangkai ayam itu sebagai bukti. Belum masuk kes Esmerelda lagi. Siapa dalang di sebalik? Orang yang rapat dengan aku ke? Aku cuba untuk berdeduksi.
Ish apa aku fikir ni? Banyak sangat baca buku Detectif Conan ni. Mataku liar mencari. Kelihatan susuk tubuh yang seperti aku kenali tidak jauh dari pandanganku. Aku menarik nafas lega. Namun aku masih terasa diperhati dari arah berlainan. Jantungku berdegup kencang.
Alisyah Farhah. Calm down. Don’t panic. Jangan dahsyat sangat halusinasi tu boleh tak. Perlahan dia ku hampiri.
“Kenapa awak kat sini? Kenapa saya asyik nampak muka awak? Awak ikut saya kan?” Tanyaku bertalu-talu. Thaqif hanya mengangkat bahu.
“Coincident.” Kata Thaqif tidak beriak.
“Kebetulan? Saya tak rasa kebetulan. Awak dah lama ikut saya kan? Sejak saya di kedai Auni lagi. Awak cari apa di kedai Auni? cari tudung? awak dah buat pembedahan tukar jantina ke apa nk beli tudung?” Ujarku marah. Tu jawapan tangkap muat jela tu.
“VINCCI pula? Cari kasut? Setahu saya kat VINCCI tu jual kasut untuk perempuan je.” Sambungku lagi. Namun masih tiada reaksi daripada Thaqif.
“So, kat butik ni awak cari apa pula? Cari baju jenis ladies untuk lengkapkan penjelmaan….” Belum sempat aku menghabiskan kata Thaqif menarikku keluar dari butik pakaian wanita itu. Di heretnya aku menuju ke Taman Tasik berdekatan Budiman Mall.
Suasana di taman itu lengang. Aku melirik kearah jam tanganku. Pukul 4.30 petang. Awan hitam mula berarak. Mendung mula menutup mentari.
“Kenapa selamatkan saya? Awak kan tak suka saya.” Kata-katanya mematikan lamunanku. Setelah 10 minit dia mundar mandir dihadapanku baru sekarang dia bersuara.
Aku mengangkat bahu. Kenapa aku selamat kan dia? Sudah sebulan peristiwa itu berlalu. Tapi kenapa hal ini dibangkitkan lagi?
“Awak ikut saya semata-mata nak tanya pasal benda ni ke?” Tanyaku lembut.
“Can you just answer my question?.” Kata Thaqif sedikit beremosi.
Apa kena da mamat ni?
“I do hate you. Reflex maybe. Kalau orang tu dalam kesusahan memang kita seharusnya tolong kan?” jawabku mudah.
“Walaupun kesusahan tu melibatkan nyawa awak sendiri? Wow. Ke sebenarnya awak sukakan saya?” Kata Thaqif. Aku terasa tersindir.
“Suka? What? Saya rasa awak yang dok angaukan saya. Sejak saya keluar hospital sampai ke hari ini, saat ini, tika ini awak tak sudah-sudah mengekori saya. Awak ni kenapa? Saya ada hutang kat awak ke? Saya dah kasi surat resign kan? Suppose saya dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan awak kan? Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya? Ke awak terhutang budi dengan saya? Don’t worry, saya tak akan tuntut apa-apa pada awak. Saya ikhlas selamatkan awak. Is it enough? Can you let me go?” kataku sambil berpeluk tubuh.
“No. tak boleh.” Kata Thaqif tanpa riak. Aku terpinga-pinga.
Awat mamat ni? datang bulan ke apa? Apa lagi dia tak puas hati?
“Sorry, what do you say? No? Why? Kenapa awak nak sulitkan lagi benda yang mudah? Apa awak nak dari saya sebenarnya? You hate me don’t you? kenapa awak tak nak lepaskan saya dari hidup awak?”
“Saya memang bencikan awak sebab awak buat hidup saya kacau bilau. Sampai hari ini saya tak boleh lupakan wajah awak yang tersenyum sambil menahan sakit waktu awak kena tembak hari tu. You make me curios about you. You make me want to digging up everything about you. Your innocent blur face makes me crazy. Your smile, your sudden laugh, your patient, your…”
“Enough!”Pintasku tegas. Apa mamat ni merepak? Guruh mula berdentum dikaki langit.
“Selepas peristiwa tu, saya sedar saya perlukan awak dalam hidup saya. Dua hari awak tak sedarkan diri saya dah jadi macam orang gila. Sejak awak sedar, saya tak boleh lepaskan awak dari pandangan saya. Lagi parah bila abang awak suruh awak resign. Saya rasa kehilangan. Saya takut something akan jadi pada awak. Awak saya dah lama sukakan awak. Dulu saya menidakkan perasaan saya. Saya ego. Tapi akhirnya saya kalah dengan perasaan saya sendiri. Saya tak mahu bertepuk sebelah tangan. Sebab tu saya suka cari pasal dengan awak. Saya mahu awak fikirkan saya setiap masa. Alisya Farhah, izinkan saya jaga awak untuk seumur hidup saya. Benarkan saya…”
“I said enough!” jeritku. Serentak dengan itu hujan turun membasahi bumi. Kami berdua diam terpaku. Aku hanya membiarkan tubuhku dipukul hujan. Thaqif segera membuka kamejanya lalu menutupi kepalaku.
“Izinkan saya jaga awak Alisya Farhah.” Kata Thaqif untuk kesekian kalinya. Kata-kata yang penuh harapan. Matanya redup merenung mataku. Terlihat sinaran keikhlasan dimatanya.
“But I don’t like you.” perlahan aku menuturkan kata.
“I know, but you will love me like I do.” Kata Thaqif sambil tersenyum.
Aku hanya terdiam terpaku. Kenapa dalam hidup aku, aku asyik berdepan dengan orang yang tak boleh dibawa berbincang? Ingat aku ni mak turut ke apa? Tapi kenapa aku boleh lembut hati kasi dia peluang?
X X X X
Sudah sebulan peristiwa di Taman Tasik itu berlalu. Sejak dari peristiwa itu, Thaqif sangat rajin menghubungiku. Nak buat aku jatuh cintala tu. No no no.. tak semudah itu. Tapi semenjak duduk rumah ni aku rasa kehilangan. Dulu aku still boleh bertekak, bergaduh dengan orang. Sekarang? Menghadap dinding putih bisu ni jela.
Aik? Rindu ke Isya?
Rindu…
Dengan siapa?
Thaqif….? Pantas aku menggeleng sendiri.
Rutin hidup aku pun sudah mula berubah. Atas permintaan abang, aku memutuskan untuk berhenti kerja. Ikutkan memang hati aku berat. Tapi kalau ingkar arahan abang ibarat menjerat leher sendiri. Mesti kebebasan aku akan disekat.
Nasib ada makcik Nurin. Dalam seminggu mesti ada sehari dia datang menjenguk. Kadang dia bawa juga keluar cuci mata. Abang kasi tempoh tiga bulan sihat baru dia akan benarkan aku memandu semula.
Pernah aku kantoi dengan abang memandu lepas seminggu keluar hospital hari tu. Sudahnya, seminggu jugalah abang ambil cuti, duduk rumah jaga aku. Rasa macam duduk dalam asrama. Banyak betul peraturan! Aku tahu. Ini juga salah satu taktik abang untuk menyuruhku pulang. No. Aku tak akan masuk dalam perangkap abang. Keji betul.
Namun, semenjak dua menjak ni, ada saja jambangan bunga sampai di rumahku. Setiap hari isnin dan jumaat. Tidak ramai yang tahu alamat rumah aku. Yang muskilnya, tiada nama pengirim mahupun kad terselit dijambangan bunga itu. Bila aku bertanya, orang yang menghantar tu hanya tersenyum. Aku rasa ni mesti kerja abang juga ni. Hari ni hari jumaat. Ha.. kejap lagi sampailah tu.
Deringan loceng di muka pintu mematikan lamunanku. Berlari anak aku menuju ke muka pintu. Perlahan ku buka, terlihat si penghantar bunga sedang tersenyum manis kearahku. Kan dah kata dah.
Panjang umur kau si penghantar bunga. Doaku dalam hati.
“Miss Alisyah Farhah.” Sapanya sambil tersenyum. Aku mengangguk sambil membalas senyumannya.
“Lucky you. Setiap hari isnin dan jumaat mesti kami dapat pesanan penghantaran ke sini. Orang tu mesti sayang sangat kat cik Alisyah ni.” Katanya sambil menghulurkan jambangan bunga dan resit penghantaran kepadaku. Setelah aku menurunkan tandatanganku dia segera berlalu. Penghantar bunga itu mahu mengejar masa mungkin. Aku mengangkat bahu.
Pintu ditutup. Aku kembali ke ruang tamu. Membelek jambangan bunga itu. No card. Macam biasa.
Aku meletakkan jambangan bunga itu diatas meja. Hm… bunga Lily merah hati. Baik letak dalam pasu.
Alamak.. ada pasu ke? tak pe.. gelas ada. Bisik ku dalam hati. Aku berlalu ke dapur. Niatku untuk mencari gelas bagi meletakkan bunga Lily yang segar ini. Namun derap kaki ku terhenti tatkala terdengar deringan loceng di muka pintu.
Buat kedua kalinya, aku berlari anak menuju ke muka pintu. Perlahan pintu ku buka. Dahiku berkerut tatkala melihat si gerangan. Penghantar bunga? Kali ni orang lain yang hantar. Tapi…bunga lagi?
“Are you miss Alisyah Farhah?.” Soalnya apabila melihat tubuhku terpacul dimuka pintu. Aku hanya menganguk. Sebuah senyuman dihadiahkan. Jambungan bunga dan resit penghantaran bertukar tangan.
“Sila tanda tangan disini.” Ujarnya sambil menunjuk kesuatu tempat. Aku hanya menuruti arahannya itu. Tidak mahu berlengah. Setelah mendapatkan tanda tanganku, penghantar bunga itu pun berlalu pergi. Pintu rumah ku tutup.
Aku segera berlalu ke ruang tamu. Meletakkan jambangan bunga itu di atas meja. Bunga mawar warna hitam.
Hitam? mawar hitam melambangkan kebencian. Siapa buat lawak ni?
Mataku terkesan kad ucapan yang terselit dijambangan bunga itu. Segera ku ambil dan ku baca isi kandungannya.
Segalanya akan berakhir tidak lama lagi. Bersedialah.
Dahiku berkerut seribu.
Ada orang benci aku ke? apa yang berakhir? Akhir hantar bunga? Nak bersedia untuk apa? Pelbagai persoalan bermain difikiranku.
Abang. Baik aku tanya abang. Tanganku sedang menekan nombor telefon Aqhar ketika deringan loceng berbunyi dimuka pintu.
Ada orang datang ke? bisik hati kecil ku. Aku segera membuka pintu. Aku melihat si penghantar bunga sedang berdiri sambil tersenyum manis kearahku. Kali ketiga. Si penghantar bunga yang berbeza.
Kenapa semua yang hantar bunga senyumannya manis-manis belaka? Tapi… bunga?
Lagi?
“Miss Alisyah Farhah?” Soalan yang sama dari tiga orang yang berbeza. Aku hanya mengangguk. Pelik. Kaya gila orang tu sambil nak kasi bunga banyak – banyak kali. Kalau betul abang yang kasi, memang membazir tahap gaban ni. Psiko gila.
Dia menghulurkan jambangan bunga dan resit penghantaran kepadaku.
“What a lovely day. And lucky you, Pandai tuan pengirim ni pilih bunga. Sama cantik dengan penerimanya.” sapanya sambil tersenyum.
“Lucky me. Hari ni dah tiga kali dapat bunga. I wonder, is it from the same person? Until now, saya masih tercari-cari siapa pengirimnya. Tak boleh beritahu saya ke? A little hint maybe?” Kata ku sambil menurunkan tanda tangan.
“Wah! Mesti Cik Alisyah ni sangat popular. Well, to be truth, I don’t know either. I’m sorry. I can’t help you. But I’m sure he is kind and loving person.” Ujarnya sambil mengenyitkan mata ke arahku. Tu bukan tak tahu tu, tu bersubahat namanya tu. Setelah mengucapkan terima kasih, aku segera berlalu ke ruang tamu. Jambangan bunga itu ku belek satu persatu.
Bunga Lily juga. Bunga lily warna ungu, juga warna kegemaranku. Tadi Lily merah hati, mawar hitam, sekarang Lily ungu?
Eh, kad? Bunga Lily ungu ni pun ada kad. Segera aku mengoyakkan sampul kad itu. Isinya ku baca.
Seronok duduk rumah sayang? Pergilah baca buku.Tulis diari ke.
You love to write don’t you?
Kan aku dah agak. Keji punya abang.
Lantas ku mengambil telefon pintarku. Sebaris pesanan ku kirimkan kepadanya.
Tak lawak ok. TAK LAWAK.
X X X X X X X
Aku lemah tanpa kamu,
Ku inginmu dampingiku,
Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu,
“Hot chocolate, your favourate.” Teguran itu melenyapkan lamunanku. Ku lihat Aqhar tersenyum lebar disisiku.
“Macam mana? Terhibur dengan performance dia?” kata Aqhar sambil tersenyum penuh makna.
“Abang!” pantas aku memukul lembut lengannya.
“I wonder, macam mana dia boleh ke sini? I don’t remember giving him my proper address.” tanyaku hairan. Yelah, kat borang pekerja tu pun aku tulis alamat tipu.
“Agak-agaknya siapa yang hantar bunga lily setiap hari isnin dan jumaat?” Tanya Aqhar sambil tersenyum.
“What?! Itu bukan kerja abang ke?” kataku terjerit kecil.
“Abang cuma pernah hantar sekali. Selebihnya dia. Abang kasi address ni kat dia. Well bakal adik ipar kan. Kenalah bertolerasi.” Kata Afqhar sambil menyenyitkan mata.
“Bila masa Isya setuju jadi isteri dia?.” Balasku sambil memasamkan muka.
“Since you said that you hate him.” Balas Aqhar selamba.
“I do hate him.” Kataku perlahan, mataku mengalih pandang melihat persembahan Thaqif.
“I know you don’t. Jom turun, Thaqif dah nak habis nyanyi da tu.” Kata Aqhar sambil tersenyum. Aku hanya mengeleng.
Tak mahu aku turun. Malu.
“Alisyah Farhah.’’ tanganku ditarik lembut. Aku hanya menggeleng senyum. Abang aku nila.. macam budak – budak.
“Eh.. lupa pula.. tadi ada surat untuk abang. Jap Isya ambil.” kataku sambil melepaskan genggaman Aqhar.
“Surat?” Aqhar memandang Alisyah. Pelik. Surat dia tidak sepatutnya sampai ke sini. Dia hanya memerhatikan tingkah laku Alisya.
“Nah. Surat ape tu? Surat cinta ye? Siap latar berbunga – bunga bagai.” Mataku mencuri tengok isi kandungan surat itu. Namun cepat di halang oleh Aqhar. Aku memasamkan mukaku.
“Ish adik ni. Pergi tengok Thaqif sana.” Ujar Aqhar sambil matanya menunjuk kearah pintu.
“Alah.. nak tengok pun tak boleh. Yela – yela.’’ Aku mencebikkan mulutku. Lantas Aku berlalu mendapatkan Thaqif yang sedang duduk di halaman rumah.
Aqhar mula membuka surat itu setelah memastikan alisyah tiada disisinya. Matanya mula membaca isi kandungan surat yang penuh misteri itu. Dahinya berkerut.
X X X X X X X
Aku duduk memeluk tubuh dibangku halaman rumahku. Jiwaku resah. Deringan telefon menyentak lamunanku.
‘Thaqif.’ Bisik hati kecilku. Segera panggilan itu disambut.
“Hai sayang” suara di hujung sana menyapa mesra.
“Amboi.. senang nampak? Tak kerje ke?” Tanyaku sekadar berbasi bahasa. Hatiku tidak tenteram tika ini.
“Hari ni hari ahad sayang. Saya ni taklah rajin sangat macam awak nak kerja 24 jam. I’m heading to your place right now, let’s go out.”Ajak Thaqif ceria.
Aku hanya mendiamkan diri. Ada sesuatu yang bermain difikiranku.
“Thaqif, orang yang tembak saya hari tu da kena tangkap ke?” Kalau betul seperti apa yang ku sangka, mungkin Aqhar Fitri didalam bahaya sekarang ini.
“Tak. Polis tak dapat kesan siapa dalang. Kenapa Isya? Did someone trying to harm you?’’ Tanya Thaqif risau. Signal kiri dihidupkan. Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan.
“Tak. Abang kata company thaqif ada dapat surat ugutan. Macam mana awak tahu orang tu ugut awak thaqif? Boleh cerita apa kandungan surat tu tak?” ujarku cemas.
“Erm.. kalau nak ikutkan surat tu tak tulis nama penerima. Surat tu tulis, serahkan semua harta kau kat aku!!! Kalau ikut logik, orang yang dia aim sayalah. sebab saya pewaris AZS Berhad.” Jantungku seakan terhenti apabila mendengar penjelasan dari Thaqif.
“ Thaqif, memang orang tu dah aim saya dari awal. Ugutan tu bukan untuk awak Thaqif. Ugutan tu untuk saya sebenarnya. Ya Allah, sepatutnya saya dengar kata abang, duduk semula dengan abang. Villa….Apa saya dah buat ni… Abang… saya tak dapat contact abang tiga hari ni. Saya takut something happen pada abang. Thaqif.. abang..”Aku tidak dapat meneruskan kata-kataku. Aku sungguh risau akan keadaan abangku.
“Alisyah Farhah. Easy. Easy Alisyah. Villa mana yang awak cakap ni? Kenapa diaorang nak aim awak pula? Are you hiding something from me?”Tanya Thaqif curiga.
“Thaqif, listen to me, i need to make a phone call right now. We need to end our conversation here. Please drive carefully. I will tell you the whole storey when you arrive. Thaqif. Please be hurry.”
“Yes my dear. I will arrive in 15 minute. Be safe”. Ujar thaqif sebelum memutuskan talian. Perbagai soalan bermain dimindanya.
Alisyah Farhah. Siapa awak sebenarnya?
Setelah menamatkan perbualan aku segera masuk kedalam rumahku. Tudungku dicapai. Tidak mahu melengahkan keadaan. Mataku mula meliar mencari nombor telefon yang di kehendaki. Makcik Nurin.
Kakak ayah. Dialah ahli keluarga yang paling rapat. Lagi satu. Buku telefon. Aku perlu maklumkan
pada En Arif, pembantu peribadi ayah merangkap orang kanan ayahku juga. Ayah selalu pesan, apa-apa pun yang terjadi, maklumkan pada En. Arif.
Aku masih ingat aku letakkan buku telefon di dalam laci bilik tidurku. Mataku tersenyum melihat buku telefon dihadapanku. Namun tiba-tiba kepalaku terasa seperti di hentak sesuatu. Serentak pandanganku menjadi gelap gelita.
X X X X X X
Mataku di buka perlahan. Kepalaku terasa sakit, perlahan aku cuba untuk duduk. Tanganku menyentuh bahagian kepala yang sakit. Terasa cecair panas melekat di jemarinya.
“Darah” bisik hati kecilku perlahan. Mataku melirik kearah sekeliling. Aku seperti didalam bangsal lama. Cuma ruang bangsal itu kosong.
Di hujung mataku terlihat sesusuk tubuh yang ku kenali terikat tangan dan kakinya di kerusi. Baju lelaki itu terpalit darah. Mukanya lebam. Dahinya luka. Mataku membulat. Abang! Aku segera menerpa kearah Aqhar Fitri. Tanganku laju mencuba untuk merungkaikan tali yang mengikati tubuh abangku.
“well cuba tengok siapa yang dah sedar” tingkah lakuku terhenti. Kepalaku berpaling.
“Makcik Nurin. What… ape semua ni? Makcik yang plan semua ni? How could you!” kataku separuh menjerit. Sungguh ku tidak menyangka dalang semua ini berpunca dari makcik ku sendiri.
“Yes.. of course. Kenapa? Tak percaya?” kata Makcik Nurin sambil ketawa terbahak-bahak. Aku segera memejamkan mata. Teringat Jambangan bunga mawar hitam yang diterimanya.
“Mawar hitam. Makcik yang kasi kan? Kad tu.. Apa maksud makcik segalanya akan berakhir? Bangkai ayam kat belakang rumah, Ya Allah… Esmeralda.. kucing siam tu..makcik yang bunuhkan? Kenapa makcik? Apa motif makcik?”tanyaku bertalu-talu.
“Apa yang akan berakhir? Harini adalah hari terakhir korang berdua. Harta korang berdua akan jadi milik aku lepas korang mati. Itu motif aku. Kamu berdua rampas harta aku. Kamu berdua tak berhak.
Aku anak yang sulung. Aku tak paham kenapa bapak aku boleh serahkan bulat-bulat semuanya pada bapak kau. Aku ingat harta tu akan jatuh ke tangan aku selepas adik aku mati. Tak sangka adik aku yang tak guna tu boleh wasiatkan semua hartanya pada kau berdua!” kata Nurin kasar. Dia merentap tudung aliyah. Kepala alisyah ditunjalnya.
“Makcik. Nama makcik tersenarai dalam penerima wasiat. Bukan semua ayah dapat. Dalam wasiat ayah pun nama makcik tersenarai. Apa lagi yang makcik nak pertikaikan? Makcik dapat 40% saham syarikat, sebuah kondominium, kereta mazda EX5 dan lima ratus ribu duit masuk dalam akaun makcik. Makcik juga dapat lima ribu elaun bulanan. Masih tak cukup ke?”kataku geram.
“Pertama aku bukan makcik kau. Kedua, aku dah cakap aku nak semua harta bapak aku!” kata Nurin sambil mencengkam kuat rambutku. Dia menarikku jauh daripada Aqhar. Dahla sakit hentaman tu tak reda lagi. Nurin seakan sengaja menambah kesakitan dengan menarik kuat rambutnya. Terkial kial aku cuba melepaskan diri. Tanganku menggenggam erat lengan Nurin.
“Makcik nurin..lepaskan Alisyah”satu suara memecah kedinginan suasana. Aqhar merayu lemah.
“Kau diam aqhar. Aku suruh ko sign document pertukaran nama pewaris ko tak nak. Sebab kedegilan kau aku culik adik kesayangan kau ni. Kenapa kau tak mati je masa kena tembak hari tu?menyusahkan aku je” Kata nurin bongkak. Aku ketawa kecil. Namun dapat ditangkap oleh Nurin. Segera dia mengacu pisau ke leherku. Tangannya masih mencengkam kuat rambutku.
“Kenapa kau gelak? Kau ingat aku main-main? ”kata Nurin geram.
“Makcik tak tahu ke? Kalau saya mati harta saya kan jadi hak milik Negara. Abang cuma penjaga harta saya. Kalau abang mati harta tu semua akan jadi milik saya. Apa yang makcik akan dapat? Habuk pun tak….” tak sempat aku menyudahkan kata terasa tubuhku di tolak jatuh. Badanku di sepak bertalu-talu. Tak cukup dengan itu, Nurin mengambil sebatang kayu yang tidak jauh daripadanya. Kayu yang sama digunakan untuk memukul aqhar ketika didalam tahanannya. Lantas tubuhku dipukul sepuasnya.
Aku memejamkan mata. Mencuba untuk menahan kesakitan. Badanku mengigil. Terasa lemah diriku disaat ini.
“Kau diam. Kau ingat aku bodoh? Ni kau tengok ni. Aku dah sediakan dokumen penukaran nama untuk harta – harta kau. Aku cuma perlukan cap jari kau. Aku tak perlukan kau hidup – hidup. Biar aku tamatkan riwayat kau dan abang kau. Tapi sebelum tu alisyah…aku nak kau mati tersiksa.” Nurin ketawa terbahak-bahak. Gembira kerana hajatnya akan tercapai tidak lama lagi.
Nurin mula merapati Alisyah. Mata bilah pisaunya sudah menari – nari di atas tubuh badanku. Aqhar mencuba untuk melepaskan diri. Namun gagal. Ikatan itu terlalu kuat membaluti tubuhnya.
“Jangan sentuh Alisyah Makcik! Jangan!” jerit Aqhar namun tidak diendahkan. Bajuku mula dibasahi darah. Aku tidak mampu lagi untuk melawan.
“Matilah kau Alisyah! Matilah kau.” Kata Nurin sambil mengangkat tinggi pisaunya. Aku memejamkan mata. tidak mampu lagi untuk bertahan. Kedengaran suara nyaring aqhar menjerit. Suasana menjadi kelam kabut tiba-tiba. Dan segalanya semakin sayup kedengaran.
“Inikah pengakhiran kisah hidupku?” hatiku berbisik. sebutir mutiara jatuh dipipinya. Dan segala – galanya gelap.
X X X X X X X
Kedengaran lagu shila hamzah, masih aku cinta menyapa digegendang telingaku.
Lagu tu…. perlahan aku membuka mata.
Aku dimana? Keadaaan bilik itu seakan biasa buat diriku.
Mimpi ke? Perlahan aku menggosok mata.
Eh kejap. Kenapa tangan berbalut bagai? Tangan kanan, tangan kiri juga? Ku gagahkan diri untuk duduk. Seluruh badanku terasa sakit. Mataku menangkap sesusuk tubuh tidur di atas sofa.
Abang…Aku menggaru kepalaku.
Eh, halus?rambut?kenapa rasa berbalut ni? tudung aku mana? Kelam kabut aku mencari sesuatu untuk menutupi kepalaku. Namun tingkah laku ku terhenti.
Macam pernah berlaku. Deja-vu?
“Morning princess.” Sapa Thaqif sambil tersenyum. Aku hanya terkebil-kebil memandangnya.
“Argggh!!!! Ape bende semua ni? aku mimpi ke?” kataku separuh menjerit. Aku seperti mengulang satu episode yang pernah berlaku di dalam hidupku.
Gila apa minah ni? tiba-tiba menjerit. Thaqif memegang kemas bahu ku.
“Are you ok isya?.” Kata Thaqif cemas. Tangannya menekan butang kecemasan yang berada disitu. Thaqif segera keluar mendapat doctor yang bertugas tika itu.
“What happen?” tanya Aqhar yang turut terjaga. Dia terpinga-pinga. Lantas Aqhar segera mendapatkan ku.
Aku menekup mukaku. Terasa seakan baru tersedar dari mimpi ngeri yang panjang. Aku segera mencubit pipiku. Sakit. Masih ada deria rasa. Aku masih hidup. Apa yang berlaku? Aku kena tembak. Kena culik. Kena hiris dengan pisau. Aku membuka mata. Tanganku menggengam erat tangan Aqhar.
“Abang. Isya mimpi, Isya kena culik. Makcik Nurin yang culik. Isya Nampak abang kena ikat kat kerusi. Dahi abang luka, eh..abang… dahi abang…” kata-kataku terhenti apabila melihat dahi Aqhar berbalut. Dia menggeleng. Tersenyum. Pahit.
“Alhamdulillah, Isya selamat.” Kata Aqhar sambil memelukku erat. Aku terkaku. Seakan tidak percaya.
“Abang.. what happened?” aku bertanya. Menginginkan penjelasan
“Isya.. Isya ingat lagi tak kemalangan yang meragut nyawa pakcik Iqbal, ibu, ayah dan Lily? Sejak dari hari tu kita hilang tempat bergantung. Dan sejak hari itu juga emosi makcik Nurin tak stabil. Dia gunakan alasan harta untuk tukarkan nyawa kita. Bila dia dah dapat harta tu, dia akan bunuh kita semua, bakar semua harta tu dan bunuh diri sendiri. Bakar harta kira macam bawa pergi ke dunia lagi satu, kira nanti kita kayalah kat dunia lagi satu tu.” Kata Aqhar. Aku mengerutkan dahi. Tak masuk akal cerita abang aku ni. Macam khurafat je.
“Abang jangan mainkan Isya. Isya ingat lagi Makcik cakap harta tu dia yang berhak sebenarnya. Apa yang berlaku sebenarnya?” Tanyaku serius. Aqhar tersenyum. Dia memejamkan mata. Dari mana nak mula?
X X X X X X X
Nurin Qaleesha. Anak angkat kepada Tuan Farid Husin, pemilik Mentari Holding. Ketelusan dan kewibawaan Tuan Farid Husin mentadbir menjadikan syarikat itu syarikat terkaya dan ternama di Asia. Tuan Farid Husin mempunyai seorang anak angkat dan seorang anak kandung. Nurin adalah anak angkatnya. Namun status anak angkat itu dirahsiakan dari pengetahuan orang luar.
Kekayaan Tuan Farid Husin mengabui mata Nurin. Perasaan tamak mula menguasai diri. Sikit demi sedikit dia merancang untuk membolot harta Tuan Farid Husin. Namun setelah kematian Tuan Farid Husin, rancangannya gagal apabila hak pengurusan syarikat jatuh sepenuhnya ke atas Farhan Haikal, anak kandung Tuan Farid Husin. Status anak angkatnya menyebabkan dia hanya mendapat ‘saguhati’ dari ayah angkatnya, menambahkan lagi amarahnya. Dendam mula bertamu di hati.
Nurin mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan keluarga Farhan Haikal termasuk dengan menggunakan cara halus. Dan cubaannya berhasil apabila Farhan Haikal, Amisya ibu Alisyah, Iqbal dan Lily meninggal didalam satu kemalangan. Makin sedikit persaingan fikirnya. Ilusinasi memeluk pemikirannya. Ketamakan menyelimuti tubuhnya. Semua orang di rasakan sebagai saingannya. Dan saingannya tidak harus hidup. Sasaran akhirnya adalah Alisyah Farhah dan Aqhar Fitri. Pewaris Mentari Holding serta penerima harta kekayaan Tuan Farid Husin yang sah.
Aku hanya mampu menggeleng usai Aqhar menamatkan cerita yang sebenarnya. Aqhar hanya mula bercerita setelah doctor memeriksa keaadaan aku. Setelah puas dengan penjelasan doctor mengenai keadaan diriku dan setelah didesak berkali-kali olehku baru Aqhar memecahkan rahsia. Itupun setelah Thaqif meninggakan kami berdua disini.
Aku sendiri tidak mengetahui Makcik Nurin hanyalah kakak angkat ayah. Ternyata semua orang menerima baik Makcik Nurin didalam keluarga sehingga tidak pernah langsung status anak angkat dibangkitkan. Namun ketamakan Makcik Nurin yang memusnahkan segalanya.
“Siapa yang selamatkan kita?” tanyaku hairan.
“Thaqif. Thaqif Nampak makcik nurin memandu keluar dari rumah isya dengan isya tak sedarkan diri. Tu yang dia ikut kereta makcik nurin. Dia laporkan pada polis bila dia Nampak kereta makcik nurin mula memasuki kawasan tinggalan kilang.” Kata Aqhar menerangkan situasi.
“Thaqif… he knows everything?” aku inginkan kepastian. Aqhar menganguk. How to hide from him? Selama ini aku merahsiakan identitiku kerana takut Thaqif juga akan menjadi sasaran.
Takut Thaqif tak jujur denganku apabila mengetahui aku anak hartawan juga sebenarnya. Namun keikhlasan Thaqif menyayangiku tak dapat ku sangkal lagi.
“And.. makcik Nurin kat mana sekarang?” tanyaku perlahan.
“Polis tembak dia sewaktu dia cuba untuk tikam Isya. Dia mati ditempat kejadian. Nasib polis sampai pada waktunya. Kalau tak…” Aqhar tidak dapat meneruskan kata. Sungguh perit membayangkan dia hampir kehilangan adik kesayangannya untuk kali kedua. Aku tak dapat menahan air mataku dari jatuh membasahi pipi. Tidak ku duga kasih sayangku dibalas dengan pengkhianatan.
“Alisyah Farhah. Kenapa Isya tak pernah beritahu abang pasal Esmerelda? Pasal bangkai ayam? Pasal black rose?” kata Aqhar tiba-tiba. Nadanya bertukar serius.
“Kalau Isya bagitahu.. nanti abang suruh Isya balik vila.” Kataku sayu.
“Kenapa Isya degil sangat. Apa yang ada kat rumah atas gunung Isya tu?” Aqhar meminta penjelasan.
“Memories.. rumah tu pernah jadi rumah ayah, ibu, abang dan Isya. That house still warm with those memories. I… I just can’t let it go.” Kata ku sebak. Kenangan manis kami sekeluarga menari-nari di hadapanku. Vila tu vila Tuan Farid Hasan. Sebenarnya kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Villa itu sejak kematian Tuan Farid Hasan. Pertelingkahan aku dan abang membuka peluang untuk aku menetap kembali disitu. Di rumah asal kami. Sungguh. Aku rindu suasana kami sekeluarga yang bahagia.
“Isya I’m sory. Abang tak sepatutnya bangkitkan kenangan lama. Abang cuma tak mampu untuk menerima satu lagi kehilangan. Don’t let the memories fade away. But you still need to move on. Balik isya. Balik vila Isya” Katanya perlahan. Digenggam tangan Alisya erat. Hatinya sebak. Aku mengganguk lemah.
“Opss.. did I interrupt on something?” serentak aku dan Aqhar mengalih pandang kearah pintu. Thaqif dan bunga. Bunga?
“Tak lah. Masuklah.” Kata Aqhar mesra. Dia berdiri memberi ruang kepada Thaqif untuk duduk disebelahku.
“Bunga lily. Always be your favourate isn’t it?” kata Thaqif menggoda. Dia menghulurkan jambangan bunga lily bewarna merah hati itu kepadaku.
“Awak takkan berhenti selagi awak tak dapatkan saya betul tak?” kataku sambil tersenyum.
“Untuk apa saya berhenti? Saya tak bermula pun lagi.” Kata Thaqif sambil mengenyitkan mata.
“If you are going to steal my heart, steal it like you mean it.” Kataku sambil menjelingnya manja.
“You wanna know what is the best thing in my life?” tanya Thaqif sambil mengangkat keningnya. Aku turut memberikan reaksi yang sama. Memintanya memberikan jawapan.
“Its the first word from the question.” Kata Thaqif. Aku dan Aqhar menjerit kegelian.
“Aduh. Meremang bulu roma. Dah Kembang dah tekak aku ni.” Kata Aqhar seakan ingin memuntahkan sesuatu. Aku dan Thaqif hanya ketawa melihat telatahnya.
Tanganku menggenggam erat jambangan bunga itu. Terasa kebahagiaan mula menyelubungi dan melenyapkan kesedihan kehilangan yang lalu. Moga segala kekusutan ini berakhir. Dan moga kebahagiaan yang baru bermula ini berkekalan hingga ke akhirnya.

http://www.penulisan2u.my/cerpen-fathia-alisyah/

Share:

3 komentar

  1. Coin Casino Review: Is It Legit or a Scam? (2021)
    Coin Casino is a legit septcasino online casino that will pay you in your wallet for your game play at the most reputable 바카라 online casinos 인카지노 in 2021.

    BalasHapus
  2. Lucky Club Casino Site | Online gambling UK
    Lucky Club Casino | Free Slot, Roulette and other casino games from luckyclub Microgaming, Betsoft, a real, fun casino site! Rating: 4 · ‎100 votes

    BalasHapus
  3. Best 9 casinos in New York City, NJ - Mapyro
    Find the 9 경상남도 출장샵 best casinos in New 성남 출장안마 York City, NJ in real time, This map was created to 포천 출장안마 easily identify the best 문경 출장마사지 casinos in 김천 출장샵 NYC.

    BalasHapus