Cerpen Calon Istri Terbaik

Satu surat berwarna putih beralamat rumahku serta nama penuhku Nahwah Nur Sabrina Binti Ali terletak di atas meja. Surat ini mesti syarikat yang aku temuduga tempuh hari. Tak sangka pula aku dapat tawaran kerja di syarikat Mutiara Holdings. Alhamdulilah, mesti ceria muka mak dan abah. Tak sia-sia aku berdoa agar dapat perkerjaan untuk menampung keperluanku di Bandar.
Kemudian, aku berfikir sejenak haruskah aku meninggalkan dunia perniagaan kek kak Nurul? Sayang sangat nak tinggalkan kedai kek milik kak Nurul. Kalau tak boleh berhenti, aku kena ambil risiko pulak, sebabnya niat aku memang nak kerja di syarikat yang aku mohon hari tu. Nasib-nasib.
Tak apa. Biar masa yang tentukan. Baik aku telefon mak aku sekejap tentang tawaran kerja ni. Cepat-cepat aku mencari nombor telefon emak. Ok, tekan butang hijau.
“Assalamualaikum mak.” Sapaku.
“waalaikummusalam Nahwah. Lama dah kamu tak telefon mak kat kampung. Sihat ke kamu kat sana?” bunyi bising dihujung talian membengitkan telingaku. Nasib baik suara mak dapat aku dengar.
“Nahwah sibuk mak. Maaflah selama ni Nahwah jarang koll mak. Nahwah sihat alhamdulilah. Mak dan abah sihat?”
“Mak dan abah sihat. Ni, mak nak cakap kat Nahwah pasal rombongan merisik untuk kamu. Kamu tahu keluarga Che mat? Anaknya yang belajar kat oversea tu. Ha, si Nukman Zahin. Keluarganya berkenan sangat kat kamu. Kamu setuju ke tidak?”
Jantungku berdegup kencang. Ha? Rombongan merisik? Dari keluarga Nukman Zahin? Biar betul. Dia kawan sekolah aku kut. Takkan dia berminat dengan aku? Aku fikir dah tak ada spesis lelaki yang hendak mengambil aku sebagai calon isteri. Rupanya ada.
“Apa mak? Biar betul Nahwah dengar ni? Nukman kan satu sekolah dengan Nahwah. Takkan dia ada perasaan cinta kat Nahwah kut?”
“Alah itu tak penting. Yang penting kamu setuju ke tidak?” biar betul mak ni? Selama ni kawan-kawan lelaki yang selalu datang kat rumah, mak langsung tak padang. Katanya tak ngam dengan dia. Alih-alih si Nukman pulak yang berkenan. Pelik mak aku ni.
“Ei, apa mak ni? Nahwah awal lagilah nak fikir pasal benda ni. Kerja lagi penting tau. Mak tak tahu ke yang anak mak ni dapat kerja kat syarikat yang meningkat naik.” Sengaja aku beralih topik, mengharapkan mak juga turut bergembira dengan berita ini.
“Yeke? Alhamdulilah. Tak payahlah kamu nak kerja lagi kat kedai kek tu. Apa gunanya belajar tinggi-tinggi akhirnya jadi penjual kek.”
“Mak ni tak baik tau, itu pun perkerjaan yang halal. Yang bestnya Nahwah dapat gaji cecah seribu lebih tau. Ni pun sebab Nahwah ambil kerja lebih sikit.”
“Apa-apalah Nahwah. Apa mak cakap kau ada je nak balas. Pasal rombongan keluarga Nukman tu kamu pertimbangkanlah. Mak berkenan sangat dengan Nukman tu. Budaknya baik pulak tu. Pandai hormat orang tua. Harap Nahwah terimalah ye.”
Mak ni tak habis-habis pasal Nukman. Tahulah Nukman tu baik,hormat orang tua, pandai dan cerdik. Tapi tak payahlah nak sanjung tinggi. Mual tekak aku.
“Ok lah mak, Nahwah banyak kerja ni nak kena buat. Lain kali Nahwah telefon balik. Assalamualaikum.”aku menekan butang merah. Lagi lama, lagi parah aku dibuatnya dengan mak aku ni. Lain yang aku dapat, lain pula yang aku terima.
Macam mana boleh jadi macam ni? Aku memang tak sangka yang Nukman mahu masuk meminangku. Setahu aku, di sekolah dulu dia tidaklah rapat dan mahu menegurku. Sejak dia dapat tawaran sambung belajar di German dulu pun, dia tak ada meluahkan perasaan apa-apa dekat aku. Sehinggalah ke hari ini, dia datang membawa sebuah cinta untuk aku. Aku rasa macam nak tergelak. Macam mana dia boleh berkenan dekat aku? takkanlah dia tak terpikat dekat mana-mana gadis mat saleh dekat sana?
Umur Nukman dengan aku tak sama. Dia lebih tua daripada aku. Kira pangkat abanglah ni. Tapi aku langsung tak panggil dia dengan gelaran abang. Dia pun hanya gelarkan dengan ber’engkau’ ‘aku’.
Jadi dari mana datangnya dia suka dekat aku? mungkin dia juga memendam perasaan pada aku yang sudah lama. Tapi kalau boleh, khabar yang sampaikan oleh emak aku itu, tidak benar sama sekali.
Namun, kalau betullah, aku tidak boleh bayangkan apa akan terjadi antara aku dengan Nukman.
Bab 2
“Hai beb kau tak keje ke hari ni? Surat semalam tu kau dah baca ke?” Mira memberikan aku secawan kopi putih kepadaku. Aku menyambutnya. Kami menikmati suasana malam di balkoni.
Angin malam menghempuskan asap kopi. Baunya semerbak menusuk hidung. Sedap sungguh. Pandai Mira buat kopi. Rasa tenang sikit. Taklah serabut kepala ni asyik fikir tentang Nukman Zahin.
“Hari ni kan hari ahad. Cuti ma. Thanks tau sebab ambil surat kat peti. Kalau tak, habis lucun surat aku.” Aku menghirup kopi lagi dan lagi. Hanya tinggal setenggah. Cerita tentang Nukman Hakim aku ketepikan. Rasa serabut pula aku memikirkan tentang dia. Padahal, aku hanya membuang masa sahaja. Entah-entah dia pun sekarang bukan fikirkan aku.
“Ni mesti surat pasal tawaran kerja kan? Dapat kat mana?” macam tahu-tahu je minah ni. Amboi, cepat sungguh. Tapi aku rasa beruntung sebab ada orang ambil kisah tentang aku. Kalau tiada Mira dan Wanie, aku tak tahu lah apa yang terjadi. Mungkin hidup aku akan rasa kesunyian. Merekalah yang mewarnai hidupku sampai ke hari ini. Aku mahu ikatan persahaabatan ini akan terputus. Aku sayangkan mereka.
“Dapat kat area KL jugak. Dekat dengan jalan Raja Chulan. Kira ok kan dekat dengan rumah sewa kita ni.” Mira mengganguk perlahan-lahan. Aku tahu dia juga setuju apa yang aku katakan. Aku menghirup sampai habis air kopiku. Mira juga sehabis boleh menghabiskan kopi. Rasa kehangatan mula terpercik selepas minum air kopi. Inilah rutin kami pada waktu malam. Berborak sambil minum kopi. Aku rasa dunia ini aku yang punya.
“Kita ni kan, umur dah semakin lanjut tapi calon masih tak lekat-lekat.” Aku memandang Mira disebelahku. Topik yang disuarakannya tadi sangat tepat dengan masalah aku. Tentang Nukman Zahin. Aku rasa jodohku semakin dekat dengan aku. Tapi aku untuk mengiyakannya. Sebabnya, aku belum cukup ilmu lagi. Walaupun umur dah masuk 25 tahun. Tapi masih berlagak muda. Nahwah memang begitu orangnya.
“Entahlah. Muka cantik macam kau ni takkan tak ada kut Mira? Lain lah aku ni. Tak secantik mana. Kerja pun kat kedai kek je.” Sengaja aku nak korek rahsia dia.Mana tahu aku dapat rahsia dia. Setahu aku Mira ni ramai peminat. Mustahillah tak ada sesiapa yang terpikat. Memang mustahil! Aku menikmati pemandangan di Bandar Kuala Lumpur.
“Kau jangan nak beza-bezakan aku dengan kau. Kita ni sama je tau. Aku kalau boleh nak jumpa dengan Mr.right. Mr.right tu mesti kena hensem, tinggi, putih, educated dan caring. Wau! Kalau dapat aku tak akan lepaskan.” Mira mula dah nak berangan. Ke situ pula dia. Well, aku pun sama juga macam Mira. Mahu yang terbaik dalam memilih pasangan hidup. Tapi bila fikirkan balik, aku dapat ke semua tu? Tapi aku tidak minta lebih. Cukuplah sekadar orang itu, beriman dan dapat membimbingku kearah yang diredhai-Nya.
“kalau aku, aku nak secret admirer. Nak tahu siapalah yang sanggup minat kat orang macam aku ni. Kalau dah setuju boleh date. Ha, kan sesuai dengan namanya date with my secret admirer.” Sengaja aku berlawak. Setahu aku, aku tak pernah ada pengalaman bercinta pun dengan mana-mana lelaki. Serius tak pernah!
“Macam-macamlah kau ni Nahwah. Tapi apa yang kita nak dekat pasangan kita, tak semestinya seratus peratus yang kita suka. Mesti ada yang kurang. Kau ingat aku nak yang perfect sangat ke? Emm, aku ni pun tak perfect mana. Jauh kesudah aku tak bertemu jodoh kalau macam tu.” Apa yang dikatakan oleh Mira ada betulnya. Jangan asyik nak impikan yang terbaik kepada pasangan kita. Jangan asyik mahu mengikut perasaan.
“You always right my dear!” kataku.
Hendak memilih pasangan jangan pandang pada luarannya sahaja. Tapi pada dalamannya sendiri. Kalau muka kacak dan cantik kalau hatinya busuk tak kemana pun. Macam buahlah, nampak luaranya ranum tapi dalamnya ada ulat!
Tapi dalam diam, aku sebenarnya memikirkan lelaki Nukman Zahin. Adakah dia ada ciri-ciri yang aku impikan selama ini. Bila fikir soal jodoh ini, aku jadi beku tiba-tiba. Malas sudah aku nak fikir. Buat serabut!
Bab 3
Hari ini isnin, aku masuk lewat. Nasib baik aku mendahului Kak Nurul. Entah mimpi apalah sampai aku lewat bangun. Nasib baik solat subuh tak terbabas sama. Saat aku melangkah masuk, ada seorang lelaki menyapaku dengan berkata ‘cik’. Aku berpaling pada empunya badan. Tinggi sungguh daripada aku. Entah berapa sentimeter pun aku tak dapat nak cogak. Aku tak dapat mengecam sepenuhnya muka lelaki itu disebabkan kaca matanya.
Satu minit kami membisu. Lakonan apakah ini? Kak Nurul sudah tersengih memandangku. Entah kenapalah Kak Nurul ni. Nasib baik pekerja lain sibuk di dapur. Kalau tidak, kuat gossip mereka.
“Encik, nak beli kek ke? Ke nak buat tempahan? Atau nak jumpa dengan kak Nurul atau…” aku nak sambung ayat aku tapi lelaki di hadapanku ini segera memotong ayatku. Geram sungguh.
“Saya tak nak beli kek, tak nak buat tempahan dan tak nak jumpa siapa namanya tu, nurun. Em Nurul. Tapi saya nak jumpa dengan Nahwah Nur Sabrina Binti Ali.” Aku terdiam apabila nama penuh aku disebut.
“Ya saya. Encik ni siapa?” Soalku balik. Gerun pula part dia menyebut nama penuhku. Boleh tahu nama aku pula tu? Siapa dia ni? Sudahlah aku dengan dia bermesyuarat di tengah-tengah pintu masuk kedai. Dahlah tak sempat letak beg bagai.
“Boleh kita bincang kat dalam. Rasanya dekat dalam lebih sesuai.” Dia mengajukan idea mendahului ideaku. Aduh! Gawat sungguh. Pagi-pagi macam ni lelaki ini sudah buat aku kekok. Berhadapan dengan lelaki sebegini membuatkan aku naik segan. Betul tak tipu. First time aku rasakan saat ini. Gilalah Nahwah. Aku tak benarkan hati aku jatuh cinta dengan lelaki misteri di hadapan aku ini. Tak mungkin Nahwah!
Aku duduk berhadapan dengannya. Selepas kak Nurul membenarkan kami berbincang. Nasib baik kak Nurul memahami keadaanku dengan lelaki misteri ini. Aku mahu mengajak kak Nurul berbual sekali, namun kakinya cepat melangkah pergi.
“Baiklah saya perkenalkan nama saya Iffat Iftiqar . Saya ketua pengarah dari syarikat Mutiara Holdings yang awak temuduga kerja hari tu. Sebenarnya saya sengaja datang sini nak tengok kedai ini dan awak. Ya awak! Tapi jangan salah faham. Saya bukan secret admirer awak. Saya cuma nak tengok bakal pekerja saya bohong atau tidak yang selama ini dia ada pengalaman bekerja di kedai kek. Sebelum ini kakitangan kami pernah menyelewengkan syarikat kami. Itu yang buat saya berjaga-jaga” dia kemudiannya menaggalkan cermin mata gelapnya. Baru aku nampak wajahnya. Hatiku mula dibuai dengan wajah kacaknya itu. Aku cepat-cepat beristifar dalam hati.
Aku faham tujuan dia datang sini untuk apa. Rasional juga ayatnya. Tapi tak sangka syarikat yang aku bakal tujui tu, ada jugak kaum adam yang hensem macam Encik Iffat ni. Muda lagi dia ni. Tak sangka boleh jadi ketua pengarah. Ni mesti syarikat mak ayah dia punya. Boleh jadikan?
“Jadi saya ni bukan penipu kan macam staff yang lain?” sakatku. Lantas dia tergelak. Adumak! Cair gila tengok dia senyum. Jaga pandangan Nahwah! Dia ketua pengarah kau! Ingat tu.
“Totally tidak. Tapi mana tahu awak ada selindung apa-apa ke dari saya.” Mengusik pulak dia ni. Nak selindung apa dari dia? Dia boleh tengok kut resume yang aku hantar hari tu? Ke tak baca lagi? Alahai ketua pengarah ni.
“Rasanya awak kena buat temuduga lagi sekali dengan saya seorang.” Temuduga lagi sekali? Bukan hari tu dah cukup lengkap ke?
“Saya tak fahamlah encik Iffat.” Mukaku kelat sungguh. Memang tak faham.
“Yela, hari tu, awak temuduga dengan orang lain. Saya nak kali ni dengan saya. Boleh saya kenal rapat dengan awak .”
“Rasanya tak perlulah kot.” Aku tidak setuju dengan cadangannya.
“Awak pengarah ke saya yang pengarah!” dia meninggikan suaranya.
“Encik Iffat!” aku menekan suaraku. Belum bekerja lagi, sudah marahkan aku.
“Ya saya Nahwah. Ok, esok awak akan mula kerja seperti biasa.” Eh, bukan hari khamis ni ke, aku boleh mula kerja? Pelik sungguh.
“tapi…’
“Ikut arahan pengarah!” aku tidak berani membentak apabila melihat muka garangnya. Panas baran jugak orangnya, Encik Iffat ni.
“Ok, nampaknya awak dah setuju. Baiklah kita jumpa esok.” Sempat pula dia mengenyet matanya kepadaku. Kemudian dia bangun dari kerusi. Kak Nurul datang tepat pada masanya. Lantas aku pun bangun.
“Salam perkenalan dari saya, Iffat iftiqar.” Boleh pula tu, dia berkata betul-betul depan kak Nurul dan staff lain. Naik lemak pula ketua pengarah ni. Geram sungguh. Sengaja nak malukan aku. Rasa spoil nak kerja tempat dia. Entah berapa kali mahu memberitahu nama penuhnya pun aku tidak tahu.
Akhirnya dia berlalu pergi meninggalkan kedai kek ini. Aku dengan kak Nurul hanya perhatikan dia menaiki kereta Honda City berwarna putih. Lagaknya seperti anak orang kaya. Tengok sahajalah pakaiannya pun sudah cukup.
“Eh, siapa lelaki tadi? Akak ingat teman lelaki kamu.” Amboi kak Nurul ni. Lebih-lebih pulak.
“Bukanlah kak.” Aku menafikan dakwaan kak Nurul. Kaki penyibuk juga kak Nurul ni. Padah kalau macam ni. Itu baru ketua pengarah, belum perdana menteri, datuk yang datang
“Akak nampak, dia tu berkenan sungguh kat kamu. Siapa namanya?” aduh, malaslah aku hendak menjawab soalan kak Nurul.
“Berkenan apanya kak? Dia tu pengurus syarikat yang saya nak kerja nanti.”
Alamak, kak Nurul tak tahu lagi aku nak berhenti kerja sebenarnya. Itulah kak Nurul lah ni, banyak tanya.
Dah sudah, wajah kak Nurul mula muram, Ni yang malas nak pujuk ni.
“Akak, saya nak minta maaf sebab tak bagi tahu awal-awal yang saya nak berhenti kerja. Surat tu datang semalam. Saya harap akak tak berkecil hati.” Pujukku sambil memaut lengan kak Nurul. Lama jugak kak Nurul berdiam. Staff lain semua memandang ke arah kami. Macam aku pulak yang ada buat salah.
“Kalau itu yang terbaik untuk Nahwah, akak ikut je. Akak cuma sedih bila Nahwah tak ada lagi kerja kat sini. Nahwah banyak tolong akak buat kerja itu ini. Alih-alih Nahwah dah nak berhenti.”
“Akak, tak salah kan kalau Nahwah nak cari pengalaman lain? Nahwah memang sayang sangat kat kedai ni. Tapi Allah dah tetapkan Nahwah untuk kerja kat tempat lain. Gerak hati ni yang memandu semua penentuan hidup Nahwah. Nahwah tetap ingat akak dan kedai ni. Selalu tak ada miss.” Aku kemudiannya ketawa. Aku tak mahu air mata kak Nurul tumpah lagi. Aku tahu dia tidak sanggup melepaskanku kerana kami dah macam adik beradik.
“Sungguh ni?” kak Nurul memandangku. Aku memberikan senyuman kepadanya sambil mengganguk perlahan.
“Sengalanya untuk kak Nurulku sayang” kami akhirnya mendakap erat. Bahuku terasa satu, dua dan tiga titisan airmata jernih milik kak Nurul. Berharap masih ada insan lain yang mampu menggantikan tempatku.
Bab 4
“Eh! Orang tu dah dapat kerja barulah.” Em, sengajalah tu budak dua ekor tu. Ada saja nak menyakat aku. Mira dan Wanie sibuk duduk di atas katilku.
“Korang ni dah kenapa? Jeles ke?” sakatku. Sengaja nak cipta kekecohan. Kalau tak kecoh tak best lah jawabnya. Bonsan kalau sehari tak borak dengan diorang ni. Diorang ni dahlah gila-gila. Bercampur dengan aku yang bengong bertambahlah haru biru jadinya.
“Mula kerja esok jangan buat perangai tau. Nak pikat boss la. Nak gedik sana sinilah. Nak itu lah nak ini lah.” Amboi Wanie, dia ingat aku ni macam tu ke? Sorry to say la my dear friend.
“Eh, sebelum kau masuk kerja tu, kau pandang-pandanglah sikit lelaki kat opis kau tu. Ada ke yang kacak lagi bergaya? Kalau ada bagilah dekat aku.” Amboi Wanie ni. Habis si Malik tu nak letak dekat mana? Dekat dahi? Dekat lutut?
“Habis, Malik kau nak letak dekat mana? Kasi aku jelah wei. Daripada aku solo je, lebih baik berdua. Kan, Nahwah?” Aku menunjukkan ibu jariku. Tanda sokongan padu.
“Emm, bagus sangat tu, kesudahnya Wanie yang solo.” Tambahku sambil mengemaskini fail dan sijilku.
“Kau pun sama Nahwah. Cakap kitaorang, kau pun sama jugak.” Aku tergelak sama. Aku juga yang terkena. Aku geleng kepala.
“Alah, Nahwah mesti dengan mr.secret admirer dia. Tak kesudahnya dia tu. Feeling je lebih.” Mira menambah.
Apa-apalah malas pulak aku nak layan dengan diorang ni.
Tidak lama kemudian, telefonku berdering berlagu Hazama malaikat. Tertera nama, ‘emak’ di skrin telefon. Lantas aku angkat. Aku mengisyaratkan Mira dan Wanie supaya memperlahankan suara. Aku hendak menjawab panggilan pun terganggu.
Kemudian mereka pun beredar. Adalah tu agenda diorang. Tak faham aku dengan diorang.
“Ha, mak.” Jawabku di talian selepas suara emak tadi tidak kedengaran dek suara kawa-kawanku tadi.
“Kamu ni, bila mak tanya pasal Nukman, kamu sengaja elak kan. Bila kamu nak bercinta ni? Mak tengok kau sibuk dengan hal sendiri?” emak sudah membebel di talian. Mulalah tu, masuk topik pasal Nukman Zahin. Dah macam tak ada orang lain. Bonsan betul. Aku mencebik.
“Nahwah! Mak cakap kau dengar ke tidak? Tak boleh jadi kamu ni, nak kena hantar abang long tengokkan kamu dekat sana.”
Aduh! Dah kenapa masukkan abang long dalam masalah ini. Dia pun ada masalah dengan isterinya.
“Apa mak ni. Kenapa nak libatkan abang long dalam hal ni. Nahwah tahulah nak jaga diri.” Aku mula merungut. Aku memang tak suka kalau ada orang sibuk jaga hal aku. Memang tidak lah jawabnya.
Memang payah emak aku ini. Memang betul, kuasa Nukman Zahin memang besar sehingga emak mula sayangkan lelaki itu. Apalah jampi si Nukman pakai sebenarnya. Aku pun tak tahu. Tunggu dia balik Malaysia, aku nak tanya dia!
“Menjawab pulak tu. Ni mak nak tanya pasal rombongan merisik keluarga Nukman, kamu dah fikir masak-masak ke? Mak harap kamu terimalah dia.” Dah beberapa kali mak berkata begitu. Tapi pendirian aku tetap sama. Tidak sama sekali menerima Nukman Zahin dalam hidup aku. Walaupun, aku sudah mengenali dia sudah lama. Tapi kenal lama tidak penting. Yang penting soal hati dan perasaan. Aku mahu lanjut tentang perasaannya terhadapku. Aku tidak mahu dikotak-katikkan sebegini rupa. Bukan mudah aku boleh terima seseorang itu.
“Mak ni, kan orang dah kata orang malas nak fikir pasal hal ni. Nahwah berat hati nak terima Nukman tu sebagai calon suami Nahwah. Nahwah tak sedia lagi. Nahwah tak tergerak hati lagi untuk bercinta dengan mana-mana lelaki pun.” Jelasku. Aku berharap emak tahu tentang perasaanku sekarang ini. Bukan nak melawan, tapi aku juga ada prinsip. Kalau hitam, hitamlah jawapanku. Kalau putih, putihlah jawapanku. Aku harap emak faham tentan isi hatiku. Akulah anak gadisnya dan akulah anak terakhir bagi emak dan abah. Memang mereka mahu menjagaku dan melihat aku bahagia sehingga ke akhir hayat. Aku tahu kenapa mereka memilih Nukman Zahin sebagai calon menantunya. Kerana dialah yang terbaik. Namun aku langsung tidak memberikan dia peluang untuk bertakhta dalam hatiku.
Bagiku, dia bukanlah untuk aku. Aku anggap dia adalah kawan baik aku sendiri.
“Kalau Nahwah sudah kata begitu, mak tak boleh nak buat apa. Semuanya berbalik kepada kamu. Mak dah bagi lampu hijau untuk kamu dengan Nukman, tapi kamu tak nak. Lelaki mana lagi yang Nahwah nak? Mak bukan apa, mak nak tengok kamu kahwin sebelum mak pergi. Mak sayangkan kamu Nahwah. Kamulah satu-satunya anak perempuan mak dan abah ada. Mak nak kamu bahagia.”
Bila emak sudah berkata begitu, ini yang membuatkan hatiku berbaur sedih. Hati bagaikan disiat-siat. Aku tahu emak mahu melihat aku bahagia. Tapi aku juga mempunyai hati dan perasaan. Perasaan tidak boleh dipaksa untuk menerima insan yang tidak pernah kita cintai. Cukuplah kita deritakan hati kita jangan sesekali menyakiti hati orang lain.
Kalau benar Nukman Zahin adalah jodohku, aku terima. Tapi kalau dengan orang lain aku pun terima. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.
“Nahwah minta maaf dengan mak sekali lagi sekiranya permintaan mak dengan abah, Nahwah tak dapat tunaikan..” Itulah akhir kataku mengakhiri perbualan kami.
Aku harap mak akan faham tentang semua ini. Semua ini adalah terlalu awal bagiku. Pada tahun inilah aku rasa, detiknya musim cintaku sudah bermula. Namun aku tidak pasti siapakah bakal suami aku suatu hari nanti. Andai ia sudah aku ketahui, sudah lama aku menerimanya. Namun, soal jodoh bukanlah satu perkara yang arif bagiku. Semuanya terserah kepada Allah yang Maha Esa.
Bab 5
Hari yang penuh ceria dengan secawan kopi putih dengan beberapa biskut bijian bagi pelengkap sarapan harianku. Mulutku mengunyah pelahan demi pelahan. Menghayati aroma dan rasanya. Dengan pagi yang indah ini, kita harus menaikkan rasa semangat. Apatah lagi hari ini, hari pertama aku kerja di syarikat Mutiara Holdings. Aku amat bertuah kerana dapat berkerja di situ. Kerana sebelum ini, aku amat berbangga dengan pencapaian mereka.
“Nahwah nak tumpang kereta aku tak? Jom kita pergi sekali. Hari ni kan hari pertama kau kerja. Biar datang awal baru bos suka dekat kita.” Wanie mempelawaku dan mengambil sekeping biskut lalu disuapkan dekat mulut.
“That’s right Nahwah. Kita kena tunjukkan kedisiplinan kita kat orang lain. Baru orang lain tunjuk hormat dekat kita. That’s rule kau kena jaga.” Mira pun memberi sokongan yang positif. Bagus mereka ni. Ni yang membuatkan aku tabik spring kat diorang. Tak putus-putus bagi aku semangat.
“Baiklah bos!” kesudahnya, aku naik kereta Wanie. Mira pula naik kereta Myvinya. Kami terpisah jalan dengan kereta Mira disebabkan tempat kerja Mira di Petaling Jaya. Nasib baik tempat kerja aku dengan Wanie tidak jauh. Kira dekatlah jugak. Senang Wanie hendak menghantar dan menjemputku pulang.
“Ok dear. Dah sampai. Good Luck ok. Apa-apa hal mesej aku tau. Ha! Jangan lupa kalau jumpa mamat hensem bagitahu aku. Ok, bye!” Wanie memecut kereta Toyotanya dengan laju tanpa aku mengucap terima kasih. Bertuah betul si Wanie ni.
‘Ok, fine Wanie! Jangan sampai Malik gigit jari sudahlah.” Aku tersengih. Faham sungguh dengan perangai Wanie.
Aku naik tangga menuju pintu hadapan syarikat Mutiara Holdings. Aku dengan segera mendapatkan lif. Disebelahku ada seorang lelaki yang sama sepertiku untuk menaiki lif. Lamanya! Jamku menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aduhai lif ni buat hal betullah. Hilang semangat aku. Dahlah pagi ini, aku kena berjumpa dengan Encik Iffat.
“Awak, lif ni macam tak berfungsi je.” Kedengaran suara lelaki disebelahku. Suaranya macam aku sudah kenal. Aku memandang lelaki disebelahku. Alamak! Encik Iffat la! Kenapalah aku tak boleh nak cam dia langsung? Bukannya dia pakai kaca mata hitam pun kan hari ni. Aku ni pun. Ish. Aku mengerutu di dalam hati.
“ Awak, err Mawar kan?” Dia ingat? Tapi salah lah nama aku bukan Mawar tapi Nahwah Nur Sabrina. Kalau nak panjang binti Ali. Ishh mamat ni, boleh lupa pulak nama aku. Apa punya ketua pengarahlah.
“Nope. Nahwah Nur Sabrina.” Aku masih menunggu lif terbuka. Encik Iffat pun sama tunggu. Kakinya sudah bergoyang ikut irama balada dah. Yang peliknya, hanya aku dengan Encik Iffat je yang ada. Yang lain? Aku tak tahu pergi mana. Mungkin sudah sampai awal agaknya.
“Nahwah jom kita naik tangga. Rosak agaknya lif ni. Nanti saya panggil pak Yusuf betulkan.” Encik Iffat tanpa segan pilu menarik lenganku. Nasib baik hari ini aku pakai kardingan lengan panjang dan dress yang labuh . Kalau tidak memang aku sekeh kepala ketua pengarah ni. Senang-senang main tarik lengan aku. Aku memang pantang sungguh.
“Ehem” mataku tajam melihat lenganku. Pantang sunnguh bila ada orang mengambil kesempatan terhadap perempuan. Dia ingat aku ini perempuan macam mana? Aku gelengkan kepala. Agaknya dia sudah terbiasa dengan semua perempuan yang dia kenal. Tapi dengan aku, jangan haraplah.
“Maaf Mawar… er Nahwah. Sorry. Aduh!” dia menunjukkan sikap kurang senang. Pelik aku dengan sikapnya. Payah sangat ke nak ingat nama aku ni? Nahwah ok! Ingat Nahwah! Bukan Mawar. Sejak bila nama aku bertukar ni.
“Agaknya Encik Iffat ni asyik ingat girlfriend sangat kut, itu pasal asyik tersasul je.” Aku menuju ke tangga. Nak naik tingkat lapan, memang jenuhlah. Encik Iffat hanya mengikutku dari belakang. Terkesan ke apa yang aku kata tadi?
Selesai di tingkat lapan, ada wanita separuh umur, berpakaian serba mewah sedang berbincang dengan kakitangan lain. Aku memandangnya dari atas ke bawah. Cantik walau sudah berusia. Kagum aku melihatnya. Cuma satu masalah, tidak berhijab. Kalau berhijab mesti cantik. SubhanaAllah. Pujiku dalam hati.
“Nahwah, perkenalkan ini Datin Zariya. Ibunda saya.” Encik Iffat merapatkan dirinya pada wanita yang aku baru saja puji dalam hati tadi. Patutlah, tepat sangkaanku selama ini. Encik Iffat memang anak orang berada. Muda-muda sudah jadi ketua pengarah. Aku baru saja bertapak di syarikat dia hanya sebagai eksekutif pemasaran belum lagi tahap ketua pengarah.
Datin Zariya memberikan senyuman manis kepadaku. Takut juga aku, kalau dia tidak suka dengan aku. Sebabnya aku mengenakan pakaian muslimah pada hari ini.
“Siapa nama? Budak baru yang Iffat lantik tu ye?” Datin Zariya merenung tepat ke anak mataku. Penuh perasaan. Hatiku mula rasa cuak. Aku pernah terbaca dekat novel dan drama tv. Selalunya orang-orang kaya ni memang selalu memandang rendah pada orang bawahan. Betul ke? Aku memandang muka Datin Zariya dan beralih kepada encik Iffat. Muka ibunya tidak tumpah kepada anaknya. Memang betullah, encik Iffat ini mewarisi kecantikan ibunya.
“Nama dia Nahwah Nur Sabrina. Inilah orangnya yang Encik Iffat ceritakan.”
Apa pula yang Encik Iffat ceritakan pasal aku dekat ibunya? Lagi pening aku. Aku menyalami tangan ibunda Encik Iffat.
“Apa-apa pun, saya ucapkan tahniah Nahwah sebab awak berjaya menyandang jawatan sebagai eksekutif pemasaran. Kami memerlukan kakitangan yang jujur, tulus dan cantik macam Nahwah. Harap Nahwah buktikan kepada kami yang awak boleh berjaya dan mengukuhkan lagi tahap kepercayaan syarikat kita dengan syarikat lain.” Datin Zariya menepuk tangan. Semua yang berada di situ, mengikut sekali menepuk tangan. Masing-masing mengucap tahniah kepadaku. Aku hanya mengganguk dan mengucapkan terima kasih.
Selepas bersesi temu ramah dengan kakitangan lain, encik Iffat memberi arahan kepadaku supaya menunggunya di tingkat satu masa Lunch hour. Tanpa memikir panjang, aku mengangguk tanda setuju tanpa pedulikan dia memberikan senyuman paling manis kepadaku. Aku tidak pedulikannya selepas itu, disebabkan aku banyak kerja yang diberikan oleh Encik Iffat sebentar tadi.
Alamak! Launch hour time. Em, marahlah nanti Encik Iffat ni. Nak telefon, nombor pula tiada. Apa nak buat? nak tak nak kena turun dekat tingkat satu. Selepas menutup laptop, aku mengapai beg tanganku serta iphoneku keluar dari bilik.
‘Ok pulak lif ni? Tadi bukan rosak ke?’ biarlah. Malas aku nak fikir.
Tibanya di tingkat satu, aku terkejut. Encik iffat betul-betul terpacak depan lif. Dah mcam hendak tercabut nyawaku. Encik Iffat! aku mengurut dadaku.
Kami beriringan jalan menuju di Selera Tomyam. Terbaik Encik Iffat ni. Seleranya ala-ala restaurant sebegini. Kenapa tak pergi dekat restaurant mewah kat hujung sana tu? Pelik Encik Iffat. Tapi kalau nak pergi dekat restaurant mewah tu, mampu ke aku membayarnya? Itulah yang aku nak tanya dekat diri aku sekarang ni. Alah lantaklah, dah dia ajak aku makan sini, makan jelah. Banyak bunyi pulak aku ni.
“Nahwah, awak ok?” em, nampak sangat aku ni kuat termenung. Jatuh maruah aku. Nahwah fokus ok. Sekarang ni engkau sedang makan bersama dengan ketua pengarah kau. Bukan calang-calang orang.
“Encik Iffat nak makan apa?” rasa macam kekok pula makan berdua-duan dengan bos aku sendiri. Baru nak terfikir sekarang Nahwah? Tapi aku nak ajak siapa lagi? Dah sah-sah dia yang ajak aku seorang.
Malu rasanya. Tapi aku tetap dengan berlagak selamba. Macam sudah lama kenal Encik Iffat.
“Tak payah nak berencik dengan saya. Panggil Iffat. Senang dan ringkas. Awak tak perlulah nak rasa segan sangat. Anggap saja kita ni sudah lama kawan.” Aku mengganguk perlahan. Macam dia sudah tahu, aku cuba mempertahankan rasa gugupku. Aku tidak pernah rasa sebegini rupa.
“Tapi saya rasa segan sangat bila keluar dengan Encik er Iffat. Sebab kita baru kenal kan? Saya bukan macam perempuan lain yang mudah mesra dengan lelaki.” Aku menyedapkan hati.
Dia diam seketika dan memanggil pelayan untuk segera memesan makanan. Aku rasa aku sedang bercakap dengan tunggul. Tiada respons dari Iffat sendiri.
“Awak nak order apa?” Aku pun tak tahu nak pesan makanan apa. Asalkan sedap di mulut dan di tekak sekali. Lantas aku memesan bihun tomyam dengan air laicikang. Sedap sungguh air laicikang. Rasa terliur pula.
“Ok, samalah saya pun.” Aik? Sama pulak tu nak order.
Selepas pelayan pergi, baru Iffat memulakan kata.
“Awak ni baguskan, tak sama macam perempuan lain. Saya suka awak. Er, maksud saya saya suka dengan prinsip awak.” Dia memandangku lama, segan pula. Kalau hari-hari begini, boleh terpikat aku dengan dia. Tapi tak boleh, dia anak orang berada tak setaraf dengan aku. Mak dan abah aku kerja buruh saja.
“Saya ni, kurang sangat nak bergaul dengan lelaki. Itulah saya rasa segan sangat bila keluar bersama dengan Iffat.” Aku memaniskan muka. Mula menutup resah di dada. Kenapa dengan aku ni? Alamak, Nahwah jangan cepat jatuh cinta. Please.
“Awak tak perlu malu. Buat biasa saja. Lagipun, dalam pejabat kita kena bersikap professional.” Jelas Iffat. Aku setuju dengan katanya.
“Ha, da sampai pun. Jom makan.” Meja kami dihidangkan dua mangkuk bihun tomyam dan dua gelas air laicikang. Berselera sungguh iffat termasuk aku. Baunya menusuk di dalam hidungku.
“Iffat, baca doa makan dulu.” Dia meminta maaf lalu membaca doa makan. Aku tersenyum melihat tingkahnya.
“Apa yang awak ceritakan ibu awak tentang saya?” rasa mcam nak tahu sangat.
“Em, saya bagitahu dekat ibu saya yang awak ni bakal calon isteri saya.” Aku tersedak. Cepat-cepat Iffat menghulurkan air laicikang kepadaku. Aku menahan batukku dari berterusan. Pedasnya tomyam tidak terkata. Terasa kerongkongku tersekat dek kepedasan tomyam. Aku cepat-cepat menghirup air laicikang. Aku nampak dia mula gelisah.
“Apa awak ni?” mukaku masam. Hilang mood aku hendak makan. Dah separuh bihun aku makan, rasa mcam tak lalu lagi nak makan. Segalanya dia.
“Saya gurau je. Awak ni kelakar lah.” Dia menggelengkan kepala melihat telatahku. Ei, rasa nak bagi penumbuk je muka mamat ni. Boleh pula diajak bergurau. Nasib baiklah dia ketua pengarah aku. Kalau bukan, sudah lama aku angkat kakiku beredar dari restaurant ini.
Lepas ni, boikot hendak makan bersama dengan Encik Iffat. Seribu kali dia ajak pun, aku tak mahu!
“Nahwah, awak marahkan saya ke? saya minta maaflah. Sebenarnya saya cakap dekat ibunda saya yang awak ni cantik orangnya. Kalau boleh saya mahu masuk meminang awak.” Aku terus berhenti makan. Dia tersenyum memandangku. Nampak dua-dua lesung pipitnya. Tidak berani aku melawan. Nampaknya, dia berjaya menghilangkan kemarahanku.
“Kalau awak nak sangat masuk meminang saya, jumpa dengan emak dan abah saya. Kalau diorang kata setuju, saya terima. Kalau tidak, saya tidak terima.” Jelasku dengan nada yang serius. Bab jodoh dan soal kahwin, memang aku ambil serius.
“Saya akan cuba.” Aku ingat dia main-main saja tadi. Rupanya betul. Tapi sanggup ke Iffat hendak jumpa dengan emak dan abah aku? aku rasa dia sengaja hendak mengenakan aku. jadi aku biarkan berkata sampai situ.
Bab 6
Kau selalu meragukan
Apa yang disembunyikan
Minda oh selalu
Kau selalu bertanyakan
Apa benar ku rasakan cinta
Oh selalu
Ku rasakan
Tetapiku
Hanya aku
Dan membisu
Kelu
Aku cinta padamu
Walau tiada lagi hijau bumi
Masih terabadi.
Iffat Iftiqar masih mengulangi nyanyiannya di dalam kereta. Lagu milik Azhael, hujung waktu masih berlegar dikepalanya. Entah kenapa saat ini dia rasa sunyi lagi. Setelah gadis yang dia cintai selama ini pergi meninggalkannya. Waktu sebeginilah dia meluangkan masa dan waktu bersama dengan gadis bernama Mawar. Patutlah dia tersasul saja menyebut nama Nahwah. Rupanya bekas kekasihnya bernama Mawar. Iffat rasa dekat sangat dengan gadis yang baru dikenalinya Nahwah.
Dia rasa lain macam dengan gadis bernama Nahwah. Entah kenapa dia harus rasa sebegitu. Padahal, dia sudah berikrar kepada dirinya, supaya tidak lagi menyintai mana-mana gadis yang hadir dalam hidupnya. Namun apa yang dia cuba pertahankan, akhirnya memakan dirinya. Dia kini sudah mulai sayangkan Nahwah, sedikit demi sedikit tanpa rasa ragu.
Tapi saat ini dia tidak boleh membohongi dirinya bahawa dia juga meminati gadis tersebut dalam diam. Tetapi dia tak tahu bagaimana hendak memulakan langkah. Dia keliru saat ini. Dia menghentakkan tangannya di stering kereta. Dia mengamuk dalam hati, bilalah jem nak berhenti.
Kereta Honda City memakir elok di halaman rumah banglo tiga tingkat. Rumah inilah yang memberi kenangan indah bersama keluarganya. Bersusah payah kedua bapanya membina kerjaya sendiri sehingga mempunyai syarikat sendiri, kereta, rumah dan harta benda lain. Namun kebahagian tidak pernah terpancar di dalam dirinya.
Dia keluar dari perut kereta lalu menuju ke pintu masuk. Dia melihat orang gajinya, mak Pija sedang mengemas ruang tamu. Dia memberi salam.
“Ha, Iffat baru balik?” muncul ibundanya entah datang dari mana.
Iffat menyandar badannya di sofa. Dia menghembuskan lelahnya di hadapan ibundanya dan mak Pija. Kali ini masalahnya tidak boleh ditanggung seorang diri. Datin Zariya duduk berhadapan dengan anak lelakinya itu. Dia tahu anaknya masih tidak mampu melupakan gadis bernama Mawar. Setiap kali menggingatkan gadis bernama Mawar, hati Datin Zariya rasa macam tercabut. Sampai hati, gadis tersebut menipu anaknya dan mempergunakan anaknya untuk kepentingan peribadi.
“Iffat masih ingat lagi ke dengan perempuan tak guna tu?” Datin Zariya tidak tahu hendak guna cara apalagi untuk menghentikan ingatan Iffat terhadap perempuan tersebut. Nak guna khidmat bomoh, dikatakan khurafat pula. Tapi dia tidak putus berdoa agar anaknya, Iffat agar segera berjumpa dengan gadis yang baik. Dia tidak kisah menantunya berasal dari golongan miskin atau berada tapi yang penting dapat menerima anaknya dengan seikhlas hati.
Dulu memang silapnya, menerima Mawar sebagai menantunya tanpa usul periksa, walaupun Mawar berada dalam keluarga yang mewah. Dia memang kesal dengan apa yang terjadi waktu dulu. Rupanya ayah mawar adalah musuh tegar suaminya, Datuk Zahar dalam perniagaan.
Kini dia silap, dia akan menerima sesiapa sahaja pilihan Iffat asalkan tidak mengambil sebarang kesempatan.
“Tak ada motif, Iffat fikirkan perempuan tak guna tu. Biarlah dia nak pergi mana.” Walau hatinya ingin tahu entah hidup atau mati perempuan tu. Hatinya menyumpah seranah agar Mawar menimpa malapetaka yang dahsyat. Rasa nak bagi penumbuk sebiji dekat muka perempuan tu.
“Baguslah kalau Iffat tak fikirkan perempuan tu. Ibu pun malas nak fikir pasal dia lagi. Ni, ibu nak tanya macam mana kat tempat kerja tadi ok tak? Budak perempuan tu boleh diharap?” Datin Zariya masih meragui Nahwah, pekerja barunya itu. Walaupun nampak baik, dia harus berjaga-jaga. Orang zaman sekarang tidak boleh dipercayai sangat. Sekarang semuanya duit. Bila ada duit semua boleh jalan.
“kerja ok. Narwah tu baik ibu. Dia tak macam gadis lain yang Iffat kenal. Tak tahulah kenapa Iffat mudah mesra dengan dia. Tak macam mula-mula Iffat kenal Mawar. Lain sangat.” Iffat meluahkan perasaannya terhadap ibunya.
“Iffat jangan nak buat perangai balik. Kan ibunda kata jangan mudah percaya sangat dengan perempuan yang baru Iffat kenal. Jadi, Iffat suka kat perempuan tu?” Datin Zariya amat merisaukan apa-apa yang terjadi kepada anaknya. Takut perempuan itu mempermainkan dirinya.
“Tak tahulah. Tapi ada benda yang istimewa tentang dia.” Iffat tidak boleh melupakan wajah suci bersih milik Nahwah. Secantik namanya. Baginya, kehadiran Nahwah membawa seribu erti baginya. Hidupnya yang mula suram di hadirkan oleh seorang gadis bernama Nahwah.
Datin Zariya hanya gelengkan kepala. Tapi tak mengapa dia punya ada perancangan. Semalam dia sudah mengupah Arman untuk mengintip setiap pengerakkan Nahwah tapi tidaklah sampai mencederakan gadis tersebut. Datin zariya mahukan siapa pemilik nama Narwah Nur Sabrina. Dia hanya akan menghalalkan perhubungan anaknya dengan gadis itu sekiranya gadis tersebut berketurunan baik dan sifat peribadi yang mulia.
Bab 7
Sudah sebulan lebih, aku berkhidmat bakti dalam syarikat Mutiara Holdings. Setakat ini tiada apa-apa masalah. Setiap kerjaku aku lakukan dengan niat ikhlas sehinggakan aku mendapat pujian daripada pihak atasan dan syarikat luar. Tapi ada saja yang tidak kena, dia perasan yang dirinya diperhatikan. Seminggu yang lepas ada seorang lelaki memberinya wang berjumlah ribuan ringgit.
Motifnya memintaku supaya mengambil semula produk yang sudah tamat tempoh dan menutup semua rahsia ini. Awal-awal lagi aku sudah menolaknya. Dia ingat aku ni hendak sangat ke duit haram tu? Dia tak kenal lagi rasanya siapa Nahwah Nur Sabrina?
Saat aku masuk ke bilik pejabatku, Aku terkejut melihat sejambak bunga lily di atas mejaku. Siapa pula yang bagi bunga dekat aku ni? Nasib baik ada sekeping kad yang diselitkan di belakang bunga.
Yang peliknya tiada nama pengirim. Yang tertulis hanyalah secret admirer. Haih. Inilah yang membuatkan aku tidak suka. Aku baru sahaja hendak fokus dalam kerjaku, hadir pula unsur cinta dalam waktu sebegini.
‘Aku ada secret admirer ke?’ malang sungguh siapa yang minat dekat orang macam aku ni. Tak semena-mena, aku mencampakkan bunga lily di dalam bakul sampah. Senang. Kasi hadiah free dekat tukang cuci pejabat ni. Malas aku nak kumpul bunga bebanyak ni. Bukannya aku suka bunga. Agaknya dia tidak tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tidak suka. Bukan semua perempuan yang suka bunga.
Pintuku diketuk. Nani masuk bilik pejabatku.
“Datin Zariya nak jumpa dekat bilik meeting.”
“Ok.” Nak jumpa? Pasal apa? Hatiku mula diragut rasa gelisah. Padahal Datin zariya tidaklah segarang yang novel dan drama tayangkan sebenarnya.
Aku membuka tombol pintu bilik mesyuarat dengan pelahan. Rasa menggigil pula. Memang betul Datin Zariya ada di dalam bilik meeting tapi dia seorang sahaja. Aku masuk dengan pelahan.
“Datin nak jumpa saya?” aku memberanikan diri.
Mataku bertentangan dengan mata Datin Zariya. Datin Zariya mengarahkan aku duduk. Kini aku menghadap depan Datin Zariya.
“Sepanjang minggu ni, Nahwah awak berurusan dengan saya bukan dengan encik Iffat.” Kenapa pula? Encik Iffat sudah berhenti ke? Lama kepala otakku berjeda.
“Kenapa Datin?” soalku ingin tahu. Sudah beberapa lama aku tidak berjumpa dengan Iffat. Dia tidak bagitahu pula dekat aku kemana dia pergi. Hendak bertanya, tapi kata Nani dia sedang bemesyuarat di luar negeri.
“Dia pergi Maldives. Bercuti tenangkan fikiran.” Maldives? Jauhnya. Nak tenangkan fikiran sampai melancong ke luar negara. Hatiku mula rasa rindu. Iffat sendiri langsung tidak memberikan kata-kata akhir. Tapi asalkan dia tetap ketua pengarahku bermakna aku masih boleh berjumpa dengannya. Aku tersenyum sendiri. Gatal betul aku ni!
“Awak suka dia?” Soalan Datin Zariya membawaku ke dalam hati ini. Adakah dia sudah tahu tentan perasaan aku terhadap anaknya. Aku takut Datin Zariya tidak suka akan aku. Sebenarnya aku tidak mahu mengharapkan apa-apa harapan tentang cintaku kepada Iffat. Bagiku biarlah perasaan ini, aku pendam dengan sendiri.
“Eh, tak lah. Kami kawan je.” Bohongku. Aku dengan Iffat masih berkawan. Tiada status kekasih. Aku harap Datin Zariya faham.
Datin Zariya menyepi. Dia ternyata salah. Dia meneka yang bukan-bukan tentang gadis di hadapanya, Nahwah. Sedangkan gadis itu jujur, baik, cantik dan lemah lembut. Tapi kenapa dia belum cukup mempercayai bahawa gadis itu tidak mengambil kesempatan terhadap anaknya dan syarikat miliknya. Datin Zariya tidak pasti dengan dirinya sendiri. Baginya Iffat harus berhati-hati dengan mana-mana perempuan.
“Kalau boleh saya hendak awak tengok-tengokan Iffat.” Datin Zariya sedikit demi sedikit mula mempercayai gadis di hadapannya ini. Datin zariya sendiri tidak mengetahui dari mana datangnya kepercayaannya itu. Kalau dulu, dia was-was dengan pemilik nama Nahwah Nur Sabrina. Namun dia yakin gadis itu akan melaksanakan tugasan ini.
“Kenapa Datin?” Aku rasa Iffat sudah besar dan pandai bawa diri di tempat lain. Aku bukanlah isterinya dan PA dia hendak mengawasi dia. Nanti dia kata aku ni, perasan.
“Saya takut dia di tipu dengan sewenang-wenangnya. Dia sudah banyak kali merana. Pertama dengan Azizi yang banyak menipu duit syarikat. Kedua, sebab perempuan.” Datin zariya terpaksa membuka rahsia yang sudah lama disimpan rapi. Namun itu semua tidak kemana. Dia harus memberikan kepercayaan kepada Nahwah supaya melaksanakan tugasannya.
Aku langsung tidak tahu menahu tentang masa lalunya. Dia ada cerita yang syarikat ini pernah ditipu oleh kakitangan dalam syarikat ini. Tapi soal perempuan tu, aku tidak tahu pula. Mula terdetik di hati mahu mengorek rahsia mengenai dirinya.
“Saya bukan nak hidupkan cerita lama yang sudah basi. Tapi perempuan bernama Mawar sudah banyak kali melukakan hati kami sekeluarga. Dan saya tidak mahu mana-mana gadis lain mahu mempergunakan anak saya. Saya sering mengginggatkan dirinya supaya berhati-hati dengan semua orang di sekelilingya. Tapi saya tahu, yang dia memang ada hati dengan awak. Dia anak saya, sebab itulah saya mahu awak jaga dia. Sebab awaklah orang yang paling rapat dengan dia.”
Aku terdiam. Hendak percaya makin payah pula. Kata-kata Datin Zariya menusuk di dalam hati ini. Patutlah Iffat selalu tersasul bila menyebut nama aku. Baru aku faham. Tapi part tentang, Datin Zariya tahu anaknya sukakan aku, itulah yang aku susah hendak percaya. Tapi kalau betul, hatiku memang melonjak gembira. Tapi aku tidak mahu tunjukkan perasan aku yang sebenarnya. Aku tidak mahu dilihat perempuan yang menjengkelkan mahukan anak lelakinya. Itu bukan caraku.
“Saya cuba jaga anak Datin. In Sha Allah.” Jelasku. Hendak jaga Ketua Pengarah aku sendiri? Boleh ke aku ni?
“Boleh awak laksanakan tugas ini?” Datin Zariya menekankan suaranya kepadaku. Bagi aku, tugas ini boleh dikira senang bagi aku namun bila mengenangkan lelaki itu pujaan hatiku, tugas ini aku kira amat payah. Hatiku mulai terpaut dengan CEO aku sendiri.
“Ada apa-apa yang saya tidak tahu tentang kalian berdua?” aku menggeleng. Aku harap dia tidak tahu apa yang bergelodak di hatiku saat ini. Berhadapan dengan ibunda Iffat, membuatkan hatiku berpeluh. Mana tidaknya, dirinya akan disoal siasat mengenai dirinya dengan anaknya,Iffat.
“Tak ada apa Datin. Saya akan laksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.” Kataku.
“Baik. Sebelum saya terlupa suami saya akan balik dari London malam ini. Esok dia akan datang ke sini untuk melawat syarikat ini. Jadi tunjukkan dedikasi awak terhadap tugas awak sementara dia ada di sini.” tegas Datin Zariya. Dia mahu Nahwah menunjukkan sikap kerajinannya di hadapan suaminya. Maklumlah, suaminya cerewet ketika berkerja. Jika ada staff yang menjengkelkan, dia terus pecat, tanpa memikirkan dahulu.
“Emmm, saya akan tunjukkan sikap rajin saya terhadap tugasan saya.” Aku memberikan senyuman. Esok ayah Iffat akan datang ke syarikat ini? Baru balik dari London pula tu. Selama ini Iffat tidak pernah bercerita mengenai ayahnya. Adik beradiknya pun, aku tidak tahu. Kenapa selama aku berkawan dengan dia, aku langsung tidak tahu tentang hidupnya?
Aku biarkan semua itu berlalu dan pasti akan terjawab. Sekarang aku mahu fokus tentang kerjaku.
Bab 8
Iffat Iftiqar masih masih berada di atas katil empuk. Esok dia akan berangkat pulang ke negara kesayangannya, Malaysia. Tambahan pula, hatinya tidak sabar melihat wajah yang dia selalu pujai, Nahwah Nur Sabrina. Secantik namanya. Dari pertama dia mengenali gadis itu, dia sudah merasakan ada sinar harapan dalam hatinya.
Dia datang ke Maldives pun disebabkan dia mahu melupakan Mawar, bekas kekasih lamanya. Baru-baru ini dia dapat tahu yang Mawar juga berangkat di Maldives. Cuma masa sahaja tidak sama. Tapi dalam hatinya, berdoa agar dia tidak dapat berjumpa langsung dengan Mawar. Bukan sahaja benci bahkan meluat dengan sikapnya yang tidak ubah seperti dulu. Masih berlagak tiada apa-apa yang berlaku.
Dia sudah mual dengan segala permainan Mawar. Baginya gadis itu membawa malang dalam dirinya.
Dia mahu mencari ketenangan di Hulhumale Beach. Pantai yang penuh dengan kehidupan marin.
Suasananya yang damai dan bersih merehatkan kepalanya yang tengah kusut. Dia juga mahu melupakan segalanya tentang Mawar. Dia tidak mahu hidup bersama kenangan lama. Walaupun hatinya ada sedikit perasaan sayang kepada perempuan itu, namun dia tidak boleh biarkan dirinya lagi sekali jatuh hati kepada perempuan itu. Walaupun sudah setahun berlalu, Mawar masih berdegil mahu menggangunya lagi.
“Buat apa cuba you koll I lagi. Tolonglah cari orang lain boleh tak? Banyak lelaki dekat luar sana yang you boleh tipu sesuka hati you. Youkan memang propa.” Panas sungguh hatinya. Boleh dia lupa apa yang dia sudah buat dekat aku selama ni?
“Iffat, I memang bersalah sangat-sangat. I tahu I salah, tapi ini bukan salah I Iffat. I mangsa keadaan ayah I sendiri. I tak boleh halang perasaan I dari terus menyintai you. Jujur I kata I masih sayangkan you.”
“you boleh cakap apa-apa pun yang you suka. You ingat I boleh percaya ke dengan kata-kata you tu. Sudahlah I dah muak dengan semua permainan you tu. Yang jelas sekarang kita tak ada apa-apa hubungan ok. Faham?”
“You tak boleh buat I macam ni. ingat I ni sampah ke huh? You kena ingat ye Iffat Iftiqar Dato Zahar I akan pastikan tiada siapa yang dapat memiliki you selain I.”
Iffat masih teringat kata-kata mawar tempoh hari walaupun dirinya sedaya upaya melupakannya. Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam menyelesaikan kekusutan ini. Engkau jauhkanlah Mawar dari hidupku. Engkau dekatlah Nahwah dalam diriku. Selama ini aku sepi, kosong dan muram segalanya tentang perempuan bernama Mawar. Sekali dia menyintai seorang gadis sampai mati cintanya akan terus mengalir. Dia bukan playboy dan bukan buaya darat. Tapi dia seorang lelaki yang mahukan cinta yang suci dan ikhlas dari hati bukan semata kerana harta, darjat dan rupa paras.
Bab 9
Kali ini aku mendapat bunga lily dengan sekeping poskad yang berbentuk hati. Rasa teruja menerjah dihati. Aku mengukir senyuman manis. Tak tahu siapa pengirimnya. Barangkali nama pengirimnya tidak pernah tercatit di dalam kad. Aku semakin keliru. Sudah masuk keempat belas penghantar bunga ini tidak berhenti menghantar bunga lily di atas mejaku. Rasa macam hendak tahu siapa pengirimnya. Tapi itu bukan kerja aku hendak menyiasat benda-benda macam ni. Baik aku duduk dekat tempat kerjaku. Masih banyak lagi kerja yang hendak diselesaikan.
Aku mengelengkan kepala. Bunga lily aku letak ditepi. Kali ini aku berlembut hati untuk tidak membuangnya di dalam tong sampah. Entah kenapa hatiku mulai rasa sayang terhadap bunga lily ini.
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering berlagu hazama malaikat. Masih tidak tertukar lagi lagunya, malas hendak memuat turun lagu baru. Tertera nama ‘emak’ di talian. Mesti ada benda yang emak nak sampaikan ini. Kalau tidak kenapa emak beriya-iya hendak menelifon aku dalam waktu sebegini.
“Asalamualaikum mak.” Aku memulakan bicaraku. Kemudian baru terdengar suara emak menjawab salam.
“Nahwah, mak nak cakap ni pasal Nukman.” Aduh mak ni. kalau tak pasal Nukman tidak sah. Ini mesti kes pasal rombongan merisik keluarga Nukman. Kan aku kata, aku tak sedia lagi. Hatiku mula membengkak.
“Apa mak? Nahwah tak sedia lagilah. Banyak bendalah Nahwah nak fikir daripada fikir pasal Nukman tu.” Aku malas hendak menjawab isu Nukman. Lantaklah dia.
“Mak nak cakap yang Nukman sudah balik sini. Dia dah dapat kerja dah dekat Kuala Lumpur. Nanti kau jumpalah dengan dia tu.”
“Uh? Cepatnya dia balik sini? bukan ke dia ada setahun lagi ke dekat sana? Alah itu kalau dapat jumpa dia. Kalau tak dapat, nak buat macam mana dah tak ada rezeki.” Kataku. Malas nak fikir berapa lama dia belajar dekat sana. Ish, jahatnya aku. Entah kenapa aku rasa benci sangat dengan dia padahal dia tak buat apa-apa salah pun. Ya! Memang dia salah sebab dialah punca aku pening kepala tentang rombongan merisik dia tu. Aku tak faham betullah. Sudahlah aku pening dengan siapa pengirim bunga ni tambah lagi si Nukman tu. Aduh! Serabut.
“Mak pun tak faham sangat. Tapi mak dia ada cakap Nukman nak sangat bertemu dengan kamu dekat kl nanti bila dia dah kerja.”
“Nak jumpa buat apa?” pelik aku.
“Entah mana mak tahu. Ok lah, mak ada hal ni. Mak telefon ni sebab hal Nukman ni je.”
Talian terputus sebelum sempat aku membalas. Sabar sajalah hatiku.
Pintuku diketuk. Aku terkejut. Rupanya Iffat Iftiqar. Dia tersenyum padaku. Aku membalas balik. Sekejapnya dia balik dari Maldives? Akhirnya dapat juga aku berjumpa dengan buah hatiku. Kalau dia tahu apa hatiku berkata, memang dia akan gelakkan aku.
“Nahwah tengahari ni awak free tak?” soalan biasa bagi aku.
“Em, rasanya free. Kenapa ye?” soalku balik.
“Nak ajak awak keluar makan. Boleh kan?” dia mengenyit matanya. Aku tak dapat menahan ketawa. Ada-adalah Iffat ni.
“Er, cantik bunga dekat atas meja awak tu.” Iffat memandang bunga lily yang berada disebelahku.
“A’ah cantik sangat.” Kataku. Entah kenapa boleh pulak aku kata begitu. Sedangkan aku tak suka bunga langsung. Menipu sunat! Hatiku turut tergelak sekali.
“Awak suka?” Iffat nampak teruja bila aku kata bunga lily tu cantik.
“Taklah suka sangat. Tapi orang dah bagi kena sukalah.” Jawabku. Dia mengganguk pelahan. Entah kenapa Iffat hari ini? Tengok macam tak kena je. Aku rasa aku dah jawab dengan jawapan yang tepat dan bernas sekali.
“Kenapa ni Iffat?” Soalku ingin tahu. Dia dari tadi termenung di hadapanku. Baru balik dari Maldives, takkan sampai mamai macam ni?
“Oh. Tak ada apa. Ok. Jumpa nanti dekat Suraya Seafood.” Aku menggangukkan kepala. Mengikut sahaja selera ketua pengarah aku ini. Tapi hatiku rasa sedikit tenang apabila Iffat masih menginggatkan diriku walaupun seminggu aku tidak berjumpa dengannya. Segalanya tentang urusan kerja.
Aku baru teringat pesan Datin Zariya menginggatkan diriku untuk mengawasi segala tindak tanduk Iffat. Tapi aku rahsiakan perkara ini daripada Iffat. Aku takut dia akan rasa rendah diri. Dia boss aku. Tapi aku pula yang mengawasi tindak tanduk dia. Tapi aku rasa dalam waktu sekarang ini, tiada sesiapa yang mencurigakan. Semuanya dalam keadaan baik. Amboi aku ni, sudah macam detective conan pulak dah.
Sampai sahaja di meja makan. Iffat sudah memesan steamboat terdahulu. Katanya dia sudah lama tidak makan makanan Malaysia setelah balik dari Maldives. Ada-adalah. Sengaja hendak menipu aku. Padahal dia pergi sana untuk melepaskan segala masalah. Tapi aku malas hendak tanya lebih, takut seleranya termati pula.
“Hari ini saya belanja.” Aku memandang wajah Iffat yang ceria. Tidak pernah aku melihat mukanya seceria ini. Tapi aku malas mahu ambil tahu.
Aku mengambil udang dan sotong yang sudah siap dimasak. Sedap sungguh apabila ditambah dengan sup tomyam. Aku lihat Iffat begitu menikmati sekali sehingga menggabaikan aku di hadapannya.
“Kenapa awak tak pernah bagitahu saya yang awak bercuti di Maldives?” soalku memecah kesunyian. Penat otakku memikirkan topik apa supaya Iffat membuka mulutnya. Dari tadi Iffat menikmati makanannya sambil menaip mesej. Aku yang berada di hadapannya, dia buat bodoh saja.
“Ni mesti ibunda saya yang bagitahu awak kan?” Iffat memandang tepat wajahku. Mukanya serius. Aku takut tersalah cakap.
“Ibunda awak amat sayangkan awak.” Aku tidak boleh menipu apa yang ibunda Iffat ceritakan kepadaku. Nampaknya Iffat tahu yang rahsianya sudah diketahui oleh aku. Aku jadi tidak senang bila Iffat bersikap dinggin denganku sebentar tadi.
“Orang lain takkan faham apa yang saya rasa.” Aku mulai rasa apa yang Iffat rasa. Aku mula buka topik ini. Sepatutnya, aku harus fikir dahulu. Apa yang patut aku buat ni?
Aku memandang Iffat menyimpan telefonnya di poket dan meletakkan chopstick di atas pinggan. Aku hanya melihat setiap gerak gerinya.
“Saya tahu awak sayangkan saya, sebab itu awak ambil berat dekat saya kan?” Iffat senyum memandangku. Aku terkebil melihat perubahan mood Iffat. Tadi dia emosi. Sekarang dia gembira. Aku pun tak faham.
“Saya hanya menjalankan tugas ibunda awak sahaja. Tak lebih dari tu.” Aku tunduk. Cuba menafikan perasaanku sendiri.
“Saya tahu awak mula sayangkan saya. Dan saya juga merasai perasaan yang sama. Cuma kita saja yang cuba menafikan perasaan itu.” Aku perlahan-lahan memandang wajahnya. Lakonan apakah ini? Rasa hatiku mulai berdebar. Perasaan cinta yang hadir ini memang untuk awak, Iffat. Tapi aku sedaya upaya untuk menidakkannya. Tapi hari ini, Iffat mengaku tentang isi hatinya terhadapku.
“Sampai bila kita harus macam ini? Sedangkan kita cinta satu sama lain.” Aku mula membuai perasaanku. Hampir terlena dek suara sayu Iffat. Bauan sup tomyam mula menerjah ke rongga hidungku.
“Kita baru saja kenal. Lebih baik kita kawan saja dulu. Biar awak kenal saya dan biar saya kenal awak.” Aku harus pandai mencari ayat yang sesuai untuknya. Bagiku memang aku mulai sayang terhadapnya. Persoalannya, perintah ibunya masih akan aku laksanakan. Aku sebagai PA dia sekarang ini untuk menjaganya, itulah tugas aku.
“Saya kenal awak Nahwah. Awak seorang perempuan yang lain dari yang lain. Pertama kali saya pandang awak dekat kedai kek hari tu, awak telah memberikan sinar harapan dalam hidup saya.” Aku terpempan seketika apabila mendengar ayatnya. Aku letakkan semula sudu yang aku pegang di atas meja.
“Awak tak payah nak berpuitis dengan saya. Geli saya tau tak!” aku sudah tergelak dengan sikapnya.
“Saya tahu awak sayangkan saya.” Iffat mengenyit matanya kepadaku. Aku hanya menggelengkan kepalaku. Macam-macamlah Encik Iffat ni. lama-lama macam ni boleh terpaut hati aku. Tapi tak mungkin orang macam aku akan dapat memiliki Encik Iffat.
“Betul tak?” hendak jawab ke tidak ni. Wahai Encik Iffat, kenapalah engkau sengaja mendugaku saat ini.
“Makanlah cepat. Nanti lambat masuk kerja.” Dia membalas senyumanku. Ada ada saja Iffat ni. geram pula aku. Malas mahu jawab soalannya tadi.
Bab 10
Aku semakin tidak menumpukan perhatian dengan setiap kerjaku. Sedangkan kerja-kerjaku ini perlu ditunjukkan kepada Iffat sendiri. Inilah masalah bila aku campur adukkan urusan kerja dengan masalah cinta. Sampai sekarang hatiku masih berdebar sebaik sahaja aku menerima lamaran Iffat Iftiqar sebentar tadi. Aku bagaikan tidak percaya hatiku ini sudah menjadi milik Iffat Iftiqar selaku ketua pengarahku sendiri.
‘tuk tuk tuk’
“Masuk” izinku sambil membelek fail yang perlu ditunjukkan kepada Iffat nanti.
“Encik Iffat nak berjumpa dengan Cik Nahwah di biliknya.”
“Kenapa ye?” soalku kepada Nani selaku setiausaha Iffat.
“Katanya dia ada pekerja baru yang akan masuk dekat syarikat ni. Mungkin Encik Iffat nak kenalkan staff barunya tu kepada Nahwah rasanya. Saya pun tak pasti. Tapi yang pasti Encik Iffat memang nak jumpa Nahwah. Baik Nahwah pergi dekat bilik Encik Iffat.” Nani berlalu pergi meninggalkanku.
Mulalah hati ini rasa berdebar. Tak boleh Nahwah, engkau tidak boleh campur hal peribadi dengan hal cinta. Fokus Nahwah!
Dengan segala hormatnya aku mengetuk pintu bilik ketua pengarah. Tertera nama Iffat Iftiqar bin Dato’ Zahar. Rasa berdegup kencang. Dari luar aku terdengar perbualan rancak oleh Iffat dengan seorang lelaki.
Selepas meminta kebenaran masuk, aku membuka pintu. Kelihatan Iffat rancak berbual dengan seorang lelaki.
“Er, Encik Iffat nak jumpa saya?” Aku rasa nak gugur jantungku bila berhadapan dengan Iffat. Dialah yang mencuri hati ini dan dialah ketua pengarahku. Tapi bila berada di tempat kerja, aku harus menunjukkan sikap professionalku sendiri. Dia tersenyum melihat lagatku. Aku tahu dia juga sama sepertiku. Pura-pura berlagak seperti tiada apa-apa.
“Kenalkan ini Nahwah Nur Sabrina selaku eksekutif pemasaran. Dan ini rakan baik saya dan pekerja baru di sini Nukman Zahin bin Khalif.” Aku terpempan sejenak. Aku meneliti lelaki disebelah Iffat Iftiqar. Naik turun nafasku apabila aku sudah mengetahui lelaki itu. Dialah Nukman Zahin yang emak selalu ceritakan itu dan dialah yang mahu masuk rombongan meminangku. Tidak sangka yang dia bakal berkerja satu bumbung dengan aku bersama kekasihku sendiri, Iffat Iftiqar. Aku tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi. Aduh pening kepala aku!
“Nahwah?” Iffat mendekatiku. Selebihnya Nukman dihadapanku hanya mendiamkan diri.. Perasaanku yang terkejut ini adalah dua kali ganda apa yang dia dapat.
“She is my friend from school.” Jelas Nukman. Tapi Nukman pandai menyembunyikan perasaannya. Tak sangka yang Nukman bakal berkerja di sini.
“Really?” Iffat sungguh terkejut. Peningku sudah beransur pening. Iffat memandangku dan Nukman silih berganti. Aku rasa sakit hati bila Nukman lebih lebih bercerita tentang aku.
“Yup and she will became my future wife” aku terdiam. Rasa nak bagi penumbuk percuma dekat Nukman. Menyiarap darahku. Aku tak bagi kata putus lagi! Pandai-pandai je mamat ni nak kata aku ni bakal isteri dia dekat depan Iffat pulak tu. Aku tak tahu hendak kata apa. Yang aku tahu pasti hati Iffat remuk apabila mengetahui hal ini.
Iffat Iftiqar memandangku dengan wajah yang kelat.
“Saya mengucapkan tahniah kepada kamu berdua. Tak sangka sungguh. Bercinta dari zaman sekolah rupanya. Niat saya memang nak awak berdua kenal antara satu sama lain. Tapi nak buat macam mana awak berdua sudah kenal antara satu sama lain. Oklah, aku kena pergi meeting lepas ni. Zahin kalau ada apa-apa tidak kena, jumpa aku.” Aku tunduk semasa Iffat mahu beredar disebelahku. Berdebar rasanya. Ini semua salah Nukman! Kenapa dia tiba-tiba hadir dalam hidup aku?!
Kini tinggal aku dengan Nukman. Rasa geram mula menerjah di hati. Sampai hati dia berkata begitu depan aku dengan Iffat. Memang tidak sedar diri betul lelaki ini.
“Kenapa dengan awak ni, Nukman. Apa yang awak nak sebenarnya.” Kaki Nukman melangkah setapak di hadapanku. Bau minyak wanginya begitu kuat membuatkan aku bertambah pening. Aku melangkah ke belakang. Peliknya lelaki ini tiada respon. Geram pula aku.
“Inilah Nahwah Nur Sabrina anak pak Ali. Dah lama tak berjumpa. Saya dapat alamat tempat kerja awak ni pun atas bantuan mak awak sebenarnya.” Ini yang dikatakan bakal suami aku? langsung tiada nilai romantik dan memujuk langsung. Gagal dalam memikat hati perempuan. Aku boleh jaminlah tak ada siapalah yang nak lelaki macam ni walaupun muka bolehlah tahan.
“Tak kisahlah. Tapi kenapa nak hebohkan dekat semua orang yang saya ni bakal isteri awak? Kita belum apa-apa ikatan ok. Teman lelaki pun tak, tunang pun tak. Dan yang paling penting kita tak ada ikatan suami isteri.” Dia menggangukkan kepala. Paham pula. Hancur luluh hatiku. Hati Iffat pasti lebih hancur apabila mendengar pengakuan Nukman sebentar Tadi. Aku hendak memperjelaskan apa yang berlaku kepada Iffat, tapi Nukman memang ada kuasa mahu Psiko aku sehinggakan aku masih bertahan disini.
“Dia senior saya ketika kami dekat German dulu. Tak salah kan saya bagitahu?” aku ternganga. Iffat senior Nukman? Memang banyak rahsia betul mereka ni.
“Saya bagi amaran terakhir, jangan sesekali katakan yang saya ini bakal isteri awak ye encik Nukman!” aku meninggalkan Nukman keseorangan dalam bilik Iffat. Rasa marah, geram dan menangis semua ada. Tak gunanya aku mahu mengambil hati Iffat semula. Semuanya sudah berakhir!
“Awak tetap menjadi hak milik saya. Keluarga awak sudah pun terima rombongan merisik daripada keluarga saya. Jadi secara kesimpulannya, awak sah menjadi tunang saya.” Aku terdiam. Hah? Emak aku tak bagitahu pun? Mustahil. Kalau betullah dia tunang aku saat ini, memang aku terus balik kampung dan bawa balik cincin tunang bagi dekat Nukman.
Bab 11
Bila dengar lagu baru di corong radio, semuanya lagu baru yang berunsur cinta. Aku pun tidak ketinggalan untuk menyanyikannya. Ada satu lagi ini yang membuatkan aku rasa dibuai rasa sayang dan rindu kepada seorang. Namun lelaki itu tidak lagi berada di depan mata ini. Sudah beberapa hari aku tidak berjumpa malahan terserempak dengannya. Ini semuanya salah Nukman zahin. Dia yang rosakkan semuanya.
Aku malas melayan perasaanku sendiri walaupun hati ini mula diragut rasa resah gelisah.
Aku berjalan dengan pantas menuju ke bilik pejabatku. Setiap hari beginilah rutinku. Pagi masuk dan petang keluar. Aku membuka tombol pintu. Alangkah terkejutnya bila ada seorang lelaki duduk di kerusiku namun posisinya menghadap kebelakang. Aku meneliti betul-betul lelaki ini tapi aku tidak dapat mengesan siapa dia. Boleh pula tu, buat selamba. Tak bangun, tak pandang muka aku langsung. Siapa lelaki ni?
Dengan hati marah, aku mendapatkan lelaki ini. Baru aku hendak menuju kearahnya, dia bangun. Badannya beralih di depanku.
“Awak!” aku separuh jerit. Geram rasanya!
“Hi, sunshine!” macam manalah si Nukman ni boleh ceroboh masuk bilik aku ni? kalau tak jumpa dia dalam sehari tak boleh ke? getusku. Sengaja nak naikkan kemarahan aku pagi-pagi macam ni.
“Tak payah nak sunshine sangat lah. Macam mana awak boleh ceroboh bilik saya ni? macam tak ada kerja lain.” Aku mencebik. Memang meluat bila berhadapan dengan lelaki sebegini. Boleh pulak tu, buat muka selamba. Tak faham aku.
Dia bergerak membelakagiku.
“Pintu tak dikunci, senanglah saya masuk. Tapi saya tak buat apa pun. Saja nak pandang potret awak yang comel tu.” Aku memandang bingkai gambarku. Gambar masa aku berkonvo dulu. Gembira sangat waktu tu bersama emak dan abah.
“Boleh tak tolong beredar dari sini.” aku sudah bonsan bertikam lidah dengannya. Pagi-pagi dah mula buat aku naik angin.
“lagi satu, bunga yang awak susun rapi dekat atas meja tu baik awak buang sebelum layu. Saya nampak tadi dah layu dah. Kesian nanti si pengirimnya sedih bila terpandang bunga tu. Tak ke betul kata saya ni?” Aku terdiam. Sudah beberapa hari aku biarkan bunga Lily pemberian Iffat terbiar di situ. Tak sempat aku nak letak dalam pasu. Semuanya menjadi tergendala. Gara-gara si Nukman Zahin.
“Awak tak faham bahasa ke…” dia menaik tangan kanannya supaya aku tidak menyambung ayatku. Spesis apalah lelaki ni. Ini yang dikatakan tunang aku? memang taklah. Reda hatiku bila Nukman telah pergi dari bilikkku. Aku memandang kembali bunga lily. Kasihan. Rasa hendak buang tapi tidak sampai hati.
Mungkin dalam hari-hari begini aku terpaksa berhadapan dengan Nukman yang suka membuat hatiku merana. Gilalah si Nukman ni. Mulalah hati aku ni berasa sunyi bila sudah lama tidak berjumpa dengan Iffat. Kemana pula perginya dia ni? aku melihat pintu biliknya masih tertutup rapi. Bercuti ke dia ni? Maldives lagi?
Aku baru mendapat berita dari Nani selaku setiausaha Iffat yang dia tidak mengikuti kursus di langkawi hari sabtu ini dan digantikan dengan Nukman. Itu pun, aku yang bertanya kepada Nani. Kalau tidak aku langsung tidak tahu apa-apa.
Pertama kali aku makan tenghari seorang diri. Selalunya Iffat yang menemani aku. Sekarang bayang dia pun aku tak nampak. Dia pun tidak keluar dari bilik pejabat. Aku pun malas nak bersua muka dengannya. Baik aku buat hal sendiri.
Tak semena-mena aku terlanggar dengan seorang perempuan entah dari mana muncul. Iphone miliknya terjatuh di lantai. Aku terdiam dan memandangnya dengan wajah yang serba salah. Aku rasa dia yang bersalah sebab berjalan sambil melihat telefon di tangan.
“Buta ke apa engkau ni? tak nampak aku jalan ke?” dia terus mengambil Iphone. Nasib baik tak pecah. Kalau pecah nyanya aku nak bayar balik. Kalau dia mintak empat ribu mana tahu?
“Maaf. Saya tak nampak awak.” Telus kataku. Aku masih bertoleransi lagi dengan sikap perempuan ini. Bagi aku sikapnya memang mengundang kemarahanku. Tak pernah lagi aku berjumpa dengan perempuan macam ini. Menjengkelkan sungguh, dengan berpakaian yang tidak cukup kain.
“Kau tak nampak aku yang hot ni? aku rasa engkau tak kenal siapa aku lagi kan?” dia masih berlagak macam tadi. Macamlah aku nak tahu sangat yang dia tu siapa.
“Rasanya tak perlu kot saya nak ambil tahu.” Bidasku. Aku rasa perempuan di hadapan aku ini mungkin silap kalau hendak bergaduh dengan aku. Memang tidaklah. Aku tersenyum sinis.
“Sayang sungguh orang muslimah macam engkau ni yang berlagak, sombong dan tak reti nak hormat orang!” dia mencekak pinggang. Sepasang mata pekerja lain sibuk memandang aku dengan perempuan dihadapan aku ini. Mungkin yang lain pun sibuk nak tahu tapi tak berani hendak dekat.
“Lebih elok dari awak yang berpakaian yang tak cukup kain! Dan masih nak pertahankan diri tak bersalah langgar orang? Saya rasalah kalau ada ramai orang yang perangai sama macam awak ni, boleh lingkup dunia ni!’ marahku.
Tiba-tiba Iffat Iftiqar muncul di sebelahku. Aku terdiam. Marahku kepada perempuan di hadapanku ini semakin surut. Matanya memandang aku dengan perempuan di hadapanku silih berganti. Kalau dia hendak berkata apa-apa, biarlah.
“Tak malu ke bergaduh dalam pejabat? Suka sangat? Saya bagi sejam untuk kamu berdua bergaduh?” aku memandang Iffat. Dia berada tengah-tengah antara aku dengan perempuan itu. Dia nampak tenang. Tapi aku tahu dia bukanlah macam tu.
“You! Tengok perempuan tu. Dia sengaja cari pasal dengan I.” lengan Iffat dikepitnya dihadapanku. Aku menyabarkan diri. Siapa perempuan ni kepada Iffat? kekasih? Tunang? Isteri? Kenapa aku tidak tahu langsung!
“I nak you pecat dia! I tak suka dengan dia!” aku memandang Iffat. Berani Iffat hendak pecat aku? kalau dia yang pecat aku, memang sejuta kali aku tak akan menjejakkan kakiku ke sini. Hendak berjumpa dia pun, aku tak hadap!
“Enough!. Mawar apa you buat dekat sini?” Iffat Iftiqar mulai pening dengan sikap kegedikkan Mawar. Baginya Mawar mengundang padah dalam jiwanya. Bukan jiwanya tapi dalam syarikat ini. Habis buruk namanya nanti. Bukan itu sahaja, pasti Nahwah fikir yang bukan-bukan mengenai dirinya. Tapi dia peduli apa? Sedangkan perempuan itu tidak memberitahunya yang dia bakal berkahwin dengan kawan baiknya sendiri, Nukman Zahin. Inilah masanya dia untuk membalas dendamnya.
Memang betullah ini bekas kekasih Iffat. kecil sungguh dunia ini. Patutlah Iffat terpikat sebab kecantikanya. Bila dibandingkan dengan aku, memang ada kurangnya. Dia cantik, bergaya dan berharta. Tapi kata Wanie, mukaku persis Ainan Tasneem. Tapi aku menafikannya. Biarlah apa sebarang pujian pun, aku tidak membanggakan diri.
“ Encik Iffat saya masuk dulu.” Aku menundukkan wajah dan meninggalkan Iffat bersama Mawar. Hatiku mula dicarik-carik. Mereka memang sepadan berbanding dengan aku. Jika dibandingkan aku dengan Iffat begitu banyak perbezaannya.
Aku hanya memandang mereka dari jauh. Aku tahu Iffat masih sayangkan perempuan itu. Tapi kenapa dia kata, dia cintakan aku? wahai Iffat, tolonglah jangan permainkan hati dan perasaan perempuan yang lemah seperti aku ini.
Bab 12
“Iffat kenapa dengan kamu ni? lain macam ibunda tengok. Ada masalah ke?” Datin Zariya mengambil ruang untuk duduk berhampiran dengan sebelah anak lelakinya. Rancangan tv dimatikan oleh Datin Zariya sendiri. Dia mahu provokasi anak lelakinya. Sejak kebelakangan ini, prestasi kerja anak lelakinya kurang memberangsangkan. Kata Nani, anak lelakinya itu lebih banyak muram. Apa pula masalah kali ini? Datin Zariya mula risau.
“ Entahlah.” Iffat Iftiqar tidak mampu luahkan perasaannya ketika ini. Dia tahu, tidak lama lagi Nahwah bakal menjadi isteri kepada Nukman Zahin, kawan baiknya. Kenapa engkau buat begini Nahwah? Kenapa engkau tidak bagitahu yang engkau bakal menjadi isteri kepada Nukman.
“Ibunda terserempak dengan Mawar semalam.” Ibunda meluahkan butir bicara.
“Apa? Ibunda tahu Mawar datang semalam?” Iffat terkejut setelah apa yang didengarinya. Bila masa ibundanya sampai pun dia tidak tahu. Tapi, hatinya puas setelah menyakiti hati Nahwah semalam.
Baru dia tahu bertapa sakitnya hatinya apabila dipermainkan. Senjatanya adalah Mawar sendiri.
Mawar datang tepat pada waktunya walaupun dia sendiri tidak menjangkakan kehadiran gadis tersebut. Dia berlakon aksi rmesra dengan Mawar di hadapan Nahwah sendiri tanpa rasa serba salah.
“Walaupun kamu CEO syarikat, Ibunda lagi berkuasa. Ibunda tahu setiap gerak geri kamu,Nahwah, Nukman dan segalanya kakitangan dalam syarikat. Kamu ingat Ibunda duduk rumah goyang kaki ke?” Datin Zariya sudah tahu kenapa anak lelakinya muram sejak kebelakangan ini.
“Apa ibunda nak sampaikan sebenarnya?” Iffat malas mahu bertekak dengan ibundanya.
“Ibunda sudah hantar rombongan meminang untuk kamu.” Datin Zariya mahu membuat suspens kepada anaknya. Dia tahu apa yang dia buat semua ini demi kebaikan anaknya sendiri.
“Apa?!” Iffat terus bangun dari sofa dan terus memandang wajah ibunda di sebelahnya.
“Kamu ni bila masuk bab cinta memang gagal. Patutlah sampai sekarang kamu masih tak kahwin-kahwin lagi. Sepatutnya kamu selidik dulu apa yang dikatakan oleh Nukman sebenarnya. Ini tidak, main ikut sedap hati je. Tak pasal-pasal ibunda guna kuasa veto.” Iffat masih lagi terkejut dengan apa yang dikatakan oleh ibundanya.
“Jadi ibunda siasat sendiri?” Iffat tidak menyangka begitu sekali ibundanya bertindak sedemikian.
“Nak harapkan kamu memang tidaklah. Esok pergi jumpa Nahwah. Bawa berbincang elok-elok dengan dia. Ibunda kasihan melihatnya. Dia sayangkan kamu. Tapi kamu pula yang buat hal. Semalam keluarga Nahwah baru sahaja khabarkan yang kita harus mempercepatkan tarikh perkahwinan antara kamu dengan Nahwah.”
Iffat terdiam. Maknanya selama ini dirinya dengan Nahwah sudah sah menjadi tunang. Kenapa ibunda merahsiakan hal ini daripadanya. Aku harus mendapatkan Nahwah esok. Dalam hatinya ada sekelumit perasaan sayang kepada gadis itu. Tapi disebabkan egonya yang terlalu tinggi dia mencipta jurang dengan gadis itu. Gadis itu tidak bersalah. Cuma dirinya saja. Dirinya saja yang terlalu mementingkan diri sendiri. Habis kenapa Zahin memberitahunya bahawa dia dan nahwah bakal berkahwin tidak lama lagi? Sungguh dia pelik. Ada apa-apa yang dia tidak tahu?
Walau apa pun yang berlaku. Nahwah Nur Sabrina tetap di hati ini. Walaupun dia telah melukakan hati dan perasaan perempuan itu, namun dia mahu menagih kasih lagi daripada perempuan itu.
Bab 13
“Dalam hal yang macam ini, emak rasa bersalah sangat sangat. Mak tak tahu nak cakap macam mana dengan kamu Nahwah. Mula-mula pinangan Nukman masuk, tapi emak dan abah tolak. Masuk pinangan Iffat emak dan abah terima saja walaupun tak kenal. Masuk pinangan kedua Nukman emak dan abah menolak. Dan sekarang Nahwah tunangan Iffat.”
Aku termanggu seketika. Tidak aku sangka perkara ini boleh terjadi. Patutlah Nukman masih mahu melamar aku lagi di tempat kerja. Dan dia mengakui yang emak dan abah sudah menerima lamaran dia. Memang tak masuk dek akal langsung. Harap saja berkelulusan luar negara tapi otak tak ada akal. Sepekara lagi tentang Iffat, aku masih menyintainya dan berharap dia mencari aku setelah lama kami tidak berjumpa. Namun bila terkenangkan tentang Mawar, aku jadi lemah kembali. Dia bakal hadir dalam hidup Iffat kerana dendamnya tidak akan pudar begitu saja. Dan aku? emmm entahlah.
“Nahwah pun tak tahu nak cakap apa mak, abah. Semua ni berlaku tanpa kita sedar. Tak boleh salahkan emak dan abah jugak. Semua benda ini berlaku secara serentak.”
“Abah rasa baik kamu buat solat ikstikharah. Minta pentunjuk. Mana yang terbaik untuk dijadikan calon suami.” Mendengar nasihat abah, aku jadi gementar. Rasa gugup pula bila buat solat ikstikharah. Kalau dulu aku pernah solat ikstikharah apabila aku dalam dilemma membuat keputusan sama ada mahu sambung belajar atau kerja. Alhamdulilah aku dapat sambung belajar dalam ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran. Dan kini aku berjaya mendapat tempat kerja di Mutiara Holdings. Sebuah syarikat milik keluarga Iffat. Rasa kagum dengan mereka.
Aku mengambil cuti tiga hari untuk merekatkan mindaku. Menhilangkan stress yang bersarang di mindaku. Aku memandang cincin berlian di jari kananku. Rupanya aku dan Iffat sah bergelar tunangan tanpa aku sedari. Dalam masa Iffat tidak bertegur sapa dengan aku, Nukman menyakin aku bahawa akulah tunangnya yang sah. Masa itu aku ingat emak dan abah memang sudah terima lamaran Nukman namun sangkaanku meleset. Aku tidak tahu kenapa gerak hatiku menyuruhku balik Johor. Rupanya inilah buktinya.
Aku menyandar di tepi katil. Mengingatkan amanat Datin Zariya masih tergiang di otak dan telinga. Amat mustahil aku protect Iffat Iftiqar daripada diganggu oleh Mawar. Sedangkan Mawar berkali kali masuk ke bilik Iffat ketika Iffat tiada di pejabat. Dan pertama kali itulah aku bergaduh dengan perempuan yang tidak tahu malu itu. Pada masa itu juga, Iffat datang mengejut tanpa aku sedar.
Aku mencabut cincin berlian yang aku anggap mencecah ribuan rinngit dari jariku. Masih banyak perkara yang aku perlu bincangkan dengan Iffat sendiri. Pasal Nukman pun satu juga. Bagaimana aku harus berdepan dengan mereka berdua esok?
……………………………………………………….
Kasut tinggi Mawar memasuki bilik pejabat Iffat sambil mencebirkan bibirnya memandang ke arah meja milik Nahwah. Tanpa sebarang arahan, Mawar duduk di kerusi. Iffat memandang ketat wajah Mawar.
“You dah bertunang?” menaik kening Mawar bila berhadapan dengan Iffat. Dia betul-betul tidak menyangka bahawa lelaki pujaannya sudah bertunang tanpa dia sedari. Cemburunya kian membuak tinggi.
“Yes! Officially I da bertunang. I tak nak you ganngu hidup I lagi lepas ni.” Iffat mengetakan tali lehernya. Baginya kenyataan itu dapat membuatkan Mawar sedar tentang status dirinya yang sudah begelar tunangan orang.
“Tak semudah tu Iffat! you dah rosakkan hati I. jangan ingat I boleh lepaskan you macam tu je?” merah padam muka Mawar apabila Iffat sanggup berkata begitu. Baginya hanya dia sahaja yang dapat memiliki hati Iffat Iftiqar Dato Zahar. Tiada perempuan lain yang dapat rampas Iffat dari dia. Dia tak akan mengalah.
“Pergilah cari lelaki lain yang lebih baik dari I. I tengok you dengan Zahin sekarang semakin rapat. Mungkin lepas ni, I akan merasa nasi minyak you.” Iffat menaikkan bahu, malas mahu melayann karenah Mawar. Baginya Mawar masih seperti dulu, tidak matang. Baginya hanya Nahwah yang lebih layak bertakhta dihatinya berbanding Mawar.
“Nukman Zahin? You tak tahu ke dia tunang si Nahwah? I bukan perampas ok. I dengan dia kawan. Lainlah I dengan you. You dengan I kan pernah bercinta. Tak mustahil kita akan bercinta lagi.”
“Stop it! Zahin bukan tunang Nahwah but I! you jangan nak merepek yang bukan-bukan Mawar! I tahu you ada agenda sebenarnya kan! You dengan Zahin sama saja!”
“huh?! Tapi kenapa Nahwah yang you pilih? Dah macam tak ada perempuan lain!”
“I tak kisah apa yang you nak andaikan tentang dia. Tapi tolong dan tolong jangan ganggu I lagi!”
“Ok fine! I akan pergi tapi jangan ingat I akan berdiam saja Iffat! remember that!” Iffat menggelengkan kepala melihat Mawar yang sudah beredar dari pejabatnya. Baginya Mawar sudah cukup cantik, bijak dan berharta. Cuma satu sahaja yang tidak lengkap iaitu ilmu. Dia tidak tahu pengajaran apa yang paling baik untuk Mawar agar dia terima kenyataan.
Bab 14
“Ibunda dengar Mawar sudah berangkat ke London? Betul? Ibunda tak sangka betul.” Iffat menggangat keningnya.
Cepat betul ibundanya tahu mengenai Mawar. Padahal dirinya sendiri tidak ambil tahu tentang Mawar. Lagipun dia jarang melihat aktivitinya di ruangan Facebook. Maklumlah dirinya sibuk meluangkan masa bertemu kekasihnya Nahwah. Apatah lagi, kerjanya bertimbun-timbun dekat pejabat. Untuk mengetahui perihal Mawar, memang membuatkan dirinya sakit kepala. Perempuan itu sentiasa menyerabutkan fikirannya.
“Berangkat ke London? Iffat tak tahu pun?” Iffat menggangkat bahu. Baginya, memang senang hatinya bila Mawar tidak lagi mengganggunya. Berapa lama Mawar ke London, dirinya pun tidak tahu. Iffat mengurut dadanya. Lega!
“Ibunda tahulah. Macam kamu tak kenal ibunda ni.” Datin Zariya menjelingkan matanya. Macamlah anak tunggalnya, tidak tahu tentang kuasa vetonya. Walaupun suaminya, Dato’ Zahar tidak ambil kisah tentang perihal masalah sebegini. Tapi baginya, dia perlu mengambil tindakan. Siapa lagi yang mengawal segala gerak geri anaknya, melainkan dirinya.
Tambahan pula, peristiwa tentang Mawar mempermainkan anak tunggalnya Iffat, dia mula sedar yang dirinya patut bertanggungjawab menjaga keselamatan anaknya itu selagi Iffat masih belum berkahwin. Kalau boleh, Datin Zariya tidak mahu anaknya berkahwin dengan Mawar. Kalau dulu, memang dia suka akan Mawar dijadikan calon menantunya. Namun tidak sekarang, selepas dia mengetahui isi hati Mawar. Bagi Datin Zariya, Mawar bukanlah calon isteri yang terbaik untuk Iffat. Tapi, Nahwah Nur Sabrina adalah calon terbaik bagi anaknya.
Baru Datin Zariya menyedari bahawa harta, pangkat dan rupa tidak menjamin kebahagian. Seperti yang terjadi percintaan Iffat dan Mawar dulu. Mawar memerangkap Iffat untuk menjatuhkan suaminya, Dato’ Zahar. Datin Zariya tidak mengetahui hal ini, sehinggalah dia terdengar perbualan telefon Mawar dengan Dato’ Ismail. Dan pada waktu itu, segala kepercayaannya terhadap Mawar semakin hilang. Pada masa itulah, Mawar memutuskan perhubungan dengan Iffat, tanpa memberi kata putus.
Bila dikenangkan balik, memang terasa pedih. Dato’ Zahar pula memang tidak berkenan dengan Mawar dari mula lagi. Tapi hendak buat macam mana, sudah itu pilihan anak lelakinya. Sebagai ayah, dia akan menyokong apa sahaja keputusan anaknya. Maklumlah Iffat, satu-satunya anak lelakinya.
“Ibunda upah penyiasat persendirian lagi?” Iffat menggelengkan kepala. Sampai macam itu sekali ibundanya menyiasat.
Dari dulu lagi, ibundanya sentiasa menyiasat tentang perkara yang membuatkan ibundanya ingin tahu. Macam kes tunangnya Nahwah, ibunda mengupah seorang penyiasat untuk mengawal gerak geri tunangnya dulu. Sampai satu tahap, ada seorang lelaki memberikan sampul surat berisi duit kepada Nahwah untuk melingkupkan perniagaan syarikatnya. Lelaki itu juga orang suruhan ibunda sendiri. Dia langsung tidak tahu, selepas ibunda menceritakan segalanya. Alasan ibundanya, mahu mengenali hati budi Nahwah. Sampai macam itu sekali perbuatan ibunda. Namun Nahwah bukanlah seorang yang penerima rasuah. Akhirnya Nahwah menolak keras.
“Ibunda akan tetap menyiasat kalau ada perkara yang ibunda nak tahu. Tak perlu risau, ibunda tak akan upah penyiasat untuk membunuh. Nanti ibunda masuk penjara pulak.” Datin Zariya tersengih memandang Iffat. Dia tahu, apa yang perlu dia buat.
“Macam macam ibunda ni.”
“Macam mana dengan urusan perkahwinan kamu? Ibunda dah bagitahu dengan keluarga Nahwah, yang perkahwinan ini harus dipercepatkan seawall bulan febuari nanti. Ibunda tak nak kamu bertunang lama-lama.”
“Awalnya? Iffat tak bincang dengan Nahwah lagi pasal ni. Kenapa ibunda nak cepat sangat? Kami baru mengenali hati budi masing masing.” Iffat memang tidak bersetuju dengan keputusan ibundanya yang mahu mempercepatkan perkahwinan kami. Dia takut Nahwah tidak selesa tentang cadangan ibundanya.
“Jangan risau. Nahwah sudah tahu. Dia bersetuju sahaja. Dia ikut cadangan ibunda.” ‘Bila masa ibunda bagitahu Nahwah?’ pening sudah kepala iffat. kahwin dengan belum kahwin sama saja. Ibundanya tetap akan ambil tindakan dahulu tanpa berunding dengannya.
“Apa ni, ibunda? Nanti apa kata Nahwah? Nanti dia kata Iffat ni gelojoh pulak. Habis maruah Iffat ni.” Iffat mengeluh. Perbuatan ibundanya itu memang membuatkan dia tidak puas hati. Setidak-tidaknya dia perlulah berunding dengan Nahwah dahulu. Tapi sekarang? Ibunda ni, membuatkan hidupnya semakin huru hara.
“Hendak tunggu kamu cepatkan perkahwinan ini memang tiada penghujungnya. Biar ibunda yang cepatkan. Ibunda dan ayahnda dah tua, belum merasai cucu lagi. Lagi pun, ibunda takut, Mawar akan kejar kamu balik nanti. Biar kamu dengan Nahwah ada ikatan yang sah.” Letih dia memberi penjelasan kepada anaknya itu. Susah sangat mahu kahwin. Kalau nak bercinta bukan main suka. Tapi bila kahwin, pelbagai pula alasannya.
“Apa-apalah ibunda. Iffat nak masuk tidur.” Dia pun malas mahu berkata banyak dengan ibundanya. Nanti mulalah keluar kuasa vetolah, penyiasatlah, itulah inilah. Baik dirinya masuk tidur dulu, sebelum ibundanya bercerita panjang.
“Mulalah tu nak mengelak. Ingat Iffat mulai minggu depan, kad kahwin perlu diedarkan secepat yang mungkin. Jangan nak mengelak! Kalau dah suka dengan Nahwah, baik kahwin cepat. Buat apa tunggu lama-lama. Ingat Iffat, ibunda mahu Iffat uruskan perkahwinan kamu secepat yang mungkin!” laung Datin Zariya, sampai satu rumah. Kalau boleh dia mahu kuatkan suaranya sampai jiran sebelah dengar. Namun, suaranya tadi sudah cukup didengari anaknya itu.
Bab 15
Aku memasuki ruang pejabatku. Bauan bunga lily menusuk hidungku. Rasa hendak bersin tapi tidak jadi. Bauannya tidak memeningkan kepalanya, tapi menyegarkan kepalanya. Aku mencari bauan tadi. Rupanya sejambak bunga lily yang sudah siap diisi dalam pasu putih berisi air. Sungguh cantik. Mesti baru dipetik.
“Bunga melambangkan perempuan dan kewanitaan. Kadang-kadang pantun orang dulu kata, mahu memetik bunga di laman, tapi pantun saya mahu memetik hati awak untuk saya. Saya ikhlas memperisterikan awak tanpa syarat. Cinta saya tidak perlu diukur. Sudah terang saya ingin memiliki hati awak.”
Aku memandang pemilik suara itu. Iffat! memang selama inilah dia pengirim bunga lily kepada aku.
Kenapa tidak aku agak dari awal dulu. Memang kadang-kadang lelaki sering kali ibaratkan perempuan seperti bunga. Aku tahu itu. Dan sekarang, Iffat memujuk hati aku dengan bermadah bagai ni kenapa?
“Apa awak mengarut di siang hari ni? nampak staff lain, masak dibuatnya. Behave sikit.” Entah kenapa boleh pulak aku memarahinya. Sedangkan dialah bos aku. Dia jugalah tunang aku secara sah. Habis kenapa dengan aku? salahkah dia berbuat demikian? Alahai, yang kau pi marah kenapa Nahwah? Tengok! Dia dah naik muka masam sos tomatonya tu.
“Salah ke? awak tunang saya. Biarlah dia orang tengok aksi romantis kita. Kita memang couple of the year pun kan.” Lebih-lebih pulak Iffat ni. Sejak akhir-akhir ni, banyak pula dia bermadah.
“Sudah lah! Saya nak buat kerja ni.” aku menarik kerusi dan duduk. Dia memerhatikan saja langkahku. Aku malas mahu memandang mukanya. Pelik aku ni, sekejap baik dengannya. Sekejap tidak.
“So, emak awak dah cakap kat awak pasal perkahwinan kita tu?” Iffat memberanikan diri bersuara. Dia takut Nahwah tidak bersedia, marah dan pelbagai emosi negatifnya nanti. Dia takut kehilangan Nahwah. Ibundanya tidak habis habis menyuruhnya mempercepatkan perkahwinan kami. Sedangkan kami masih mengenali antara satu sama lain. Dia perlu tahu apa yang Nahwah suka dan tidak suka.
“Saya tahu pasal tu. Awak tak perlu risau. Saya siap upah flower girl bagi memeriahkan majlis
kahwin kita nanti.” Masin pula mulut aku ni! entah kenapa aku boleh kata begitu. Flower girl? Sejak bila aku upah flower girl? Siapa nak jadi? Aduh! Habis lah. Aku ni main tibia je. Mesti dia pelik dengan reaksi jawapanku.
“Flower girl? Amboi! Nampaknya awak prepare awal daripada saya. Saya gembira sangat awak sudi jadi isteri saya.” Ayat klise sangat Iffat pakai. Dah tak ada ayat lain. Aku mencebirkan bibir.
“Saya terima awak tanpa syarat macam syair awak tadi. Saya harap awak pun boleh terima saya seadanya. Kahwin ini bukan boleh buat main. Bukan hari ini kita sayang dan esok lusa kita tak sayang, tapi sayang itu perlu ada setiap hari sampai hari tua.” Jelasku. Aku harap sangat Iffat menyayangiku seperti mana aku sayang dia.
“Awak perlu tahu, selepas pertama kali saya jumpa awak, awak terus melekat di hati saya. Saya bukanlah lelaki yang bermulut manis, kejar perempuan sana sini. Saya pun tak faham kenapa Mawar masih kejar saya sekarang ini. Mungkin sayalah yang paling hensem sekali di dunia ini.” Aku tergelak dengan pengakuan akhir dia.
“Sebab Mawar cinta pertama awak. Dan tak semudah itu, Mawar akan lupakan awak, Iffat. Tak mustahil dia balik dari London itu membuat rancangan jahat. Mana tahu dia nak bom majlis kahwin kita. Tak mustahil!” apatah aku merepek! Tapi aku mahu dia balas apa yang aku kata tadi.
“Dia nak bom? Awak ni selalu berimaginasi sangat. Mawar pergi sana mesti ada sebab. Bukan bawak balik bom untuk rosakkan majlis kahwin kita. Memang dia cinta pertama saya tapi awaklah yang terakhir.” Iffat mengenyitkan matanya. Aku tesenyum sendiri dengan ayatnya. Ada saja jawapannya.
Tapi aku berharap sangat Mawar tidak berdendam lagi dengan kami. Dan Iffat, saya harap awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Nama awak tersemat rapi di dalam hati saya. Saya cintakan awak! Awak tahu? Sekali awak hancurkan hati saya, saya akan sakit hati sampai bila-bila. Buat bakal suamiku,Iffat Iftiqar, tolonglah jaga hati saya.
Bab 16- Akhir
“Alhamdulilah, kawan baik aku ni sah sudah bergelar dengan encik Iffat Iftiqar. Tak sangka betul aku! aku doakan kau orang berdua, bahagia sampai ke syurga. Amin!” doa Wanie dan Mira. Alhamdulilah Ya Allah, segalanya dipermudahkan.
“Terima kasih sangat! Amin” aku memandang suamiku bercakap dengan seorang lelaki berjubah putih. Aku pergi ke arah mereka berdua. Nampak macam rancak sangat mereka bualkan, sampaikan aku tertarik untuk mendekati suamiku.
“Nukman Zahin? Bila sampai?” soalku. Terkejut juga dia datang selepas habis majlis kahwin kami. Aku memandang tepat wajah suamiku. Ada apa yang tidak kena? Barang yang lepas tidak usah dikenang lagi. Aku pun sudah malas bertekak dengan Nukman di pejabat. Dan sekarang dia harus menerima kententuan Illahi bahawa kami tiada jodoh.
“Aku datang ni nak bagi surat berhenti kerja. Aku dah tak sanggup kerja di Mutiara Holding. Aku ingat nak sambung PHD lagi di UK. Apa pun, aku doakan kalian berdua bahagia. Aku minta maaf selami tak dapat kawal perangai aku.” aku tak tahu pula, dia hendak berhenti kerja? Mungkin pasal dia tidak sanggup melihat muka aku dengan suami aku, selepas apa yang dia buat pada aku. Mungkin payah untuk dipadamkan, tapi untuk diimbaskan kembali memang senang, bagi aku, Iffat dan juga Nukman.
“Jangan macam ni, Zahin. Kau jangan berhenti kerja. Stay saja. Benda yang lepas, tak usah dikenang kembali. Buat apa malu dengan aku dan Nahwah. Aku pun ada buat silap, siap gaduh, tumbuk dan siap tarik rambut kau lagi. Ingat masa tu? Itu masa silam kita. Buat apa nak ingat balik. Kau study kat UK tu, jauh. Rindu aku dengan kau, Zahin. Kita kan kawan rapat dulu masa dekat German, mustahil kau nak lupuskan macam tu.” Kagum aku mendengar setiap bait kata suamiku. Alhamdulilah, hati suamiku baik dan tiada unsur dendam. Aku ingat Nukman mahukan apa kali ini. Rupanya dia mahu sambung study dekat UK. Aku tahu amat sukar baginya membuat keputusan.
“Aku tahu. Tapi tak mustahil aku tinggalkan kau, bukan? Aku tetap sambung belajar di UK. Aku dah register. By the way, jagalah Nahwah baik-baik. Jangan sesekali lukakan hati seorang perempuan. Sekali dia sakit, berjuta kali kau susah nak pujuk dia.” Iffat senyum memandangku. Aku mendiamkan diri sahaja. Berat mulutku hendak berkata. Kalau dulu iya, aku lantang bersuara bila berdepan dengan Nukman. Namun, hari ini. Aku kelu!
“Aku balik dulu. Tahniah sekali lagi.” Nukman Zahin menundukkan wajahnya. Dia rasa hatinya dipaut rasa kesedihan. Yang jelas, dirinya rasa kecewa dan pedih. Dia malas mahu mempamerkan. Kalau dulu iya, dia akan bergaduh dengan Iffat semata demi Nahwah, cinta hatinya. Namun kini, semua sudah terjawab. Memang sudah tertulis jodohnya bersama Nahwah memang tiada! Kosong! Itulah yang membuatkan dirinya dipukul kesedihan. Namun dia mendoakan mereka bahagia. Tiada gunanya dia bersedih.
“Kejap!” entah kenapa boleh pula aku kata begitu. Alamak! Ishh, mulut ni memang tiada insurans.
“Aku minta maaf.” Itu sahaja kataku. Suamiku memandang pelik. Ingatkan nak kata banyak, lambai tangan ke, siap nangis ke, tapi dengan ungkapan ‘aku minta maf’. Amat klise sekali bagi aku. mungkin suamiku juga berfikiran begitu.
“Aku tahu kau nak kata itu je. Tak ada benda lain ke nak kata? Dulu siap gaduh lagi.” Aku mencebik. Dah nak mula perang lah tu. Suami aku hanya gelak. Tapi dia tahan. Rasa nak bagi penampar pun ada. Ishh! Tak baik dia suami aku.
“Minta maaflah yang boleh aku cakap. Terima kasih sebab sudi datang.” Kataku. Aku jemput saja dia ke majlis kahwinku, aku sangka dia tidak akan hadir hari ini, namun sangkaanku meleset sama sekali. Dia datang juga pada saat-saat akhir.
“Ok! Lepas balik UK, aku kacau kau balik!” gelakkan Nukman betul-betul membuatkan aku sedar, bahawa adakah itu usikan palsu atau benar? Takkan semudah itu dia melupakan aku? aku tahu penghijrahan dia ke sana, bukan sambung belajar tapi mahu melupakan aku. Tapi kenapa aku juga yang kena? Aku harap sangat dia jumpa dengan perempuan yang lebih baik dari aku.
Tak sangka, Nukman yang satu sekolah dengan aku dulu, boleh terpikat dengan aku. Tak faham. Masih ada orang yang meminati dalam diam. Sepsis ini akan mula rasa cemburu bila orang yang dia minat berkawan atau berkasih dengan orang lain.
Kami melambaikan tangan kepada Nukman. Mengharapkan pemergian dia ke kota London memberi seribu makna dan sinar buat Nukman. Dan suami disebelahku, aku berharap dia juga sentiasa ada bersamaku tatkala susah atau senang.
“Sayang tak rasa dia pergi sebab belajar.” Kataku. Bermulalah imaginasiku.
“Dahlah lupakan Nukman. Dia tak sepatutnya ada dalam kisah cinta kita.” Tadi kata Nukman, kawan baik dia. Sekarang suruh lupakan. Tak faham yang mana satu.
“Aik?” aku memandang pelik wajah suamiku. Dia memeluk erat bahuku. Dia megeluh.
“Tak usah difikirkan lagi. Dia tetap kawan baik abang. Bila sayang asyik fikir pasal Nukman, buatkan hati abang ni cemburu sangat. Dahlah masa belum kahwin, cemburu ni sentiasa membuak-buak sebab Nukman selalu ambil kesempatan.” Aku faham ayat terakhir, Nukman sentiasa mengambil kesempatan mahu mendekatiku. Namun Hatiku hanya ada suamiku seorang ini. Aku mencubit hidungnya tanpa dia sedari.
“Tapi sekarang sayang dah jadi milik abang kan? Takkan abang masih risau lagi?” aku memaniskan wajahku. Senang melihat wajahnya yang suci bersih.
“Iya. Sekarang tak lagi. Terima kasih sayang jadi suri hati abang.” Aku hanya memberikan senyuman manis. Terima kasih juga kerana memilhku menjadi isterinya. Terima kasih Ya Allah, kurniakan dia untuk aku.

http://www.penulisan2u.my/cerpen-calon-isteri-terbaik/

Share:

2 komentar